Exco Pas anggap urus minyak negara macam masak mi segera

KENYATAAN Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Datuk Dr Azman Ibrahim yang mempertahankan pandangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung isu kenaikan harga minyak terus dihujani kecaman.

Penganalisis politik, Liyana Marzuki menyifatkan hujah Exco Pas berkenaan kononnya minyak negara tidak melalui Selat Hormuz serta minyak dieksport ke Filipina sebagai sangat simplistik dan mengelirukan rakyat.

Beliau menegaskan bahawa isu sebenar yang wajar diberi perhatian adalah impak harga diesel terhadap sektor tertentu, bukannya mencadangkan dasar ekstrem yang boleh menjejaskan keseluruhan ekosistem industri.

“Masalah besar bila ada Exco kita fikir urus minyak negara macam masak Maggi. Jumpa, masak, makan, selesai.

“Saya tak pasti ini strategi memandirkan pengundi atau dia yang pandir sendiri,” tempelak bekas Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara itu.

Terdahulu, Azman mempertahankan kenyataan presiden partinya berhubung isu kenaikan harga minyak yang didakwa tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia mempunyai sumber petroleum sendiri.

​Menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya, wakil rakyat Pas itu menegaskan rantaian bekalan minyak negara tidak bergantung sepenuhnya kepada laluan antarabangsa.

​”Di perairan Terengganu sahaja terdapat kira-kira 120 pelantar minyak yang sedang beroperasi. Minyak mentah akan disalurkan ke Loji Penapisan Minyak Petronas di Kerteh melalui saluran paip dasar laut atau kapal tangki untuk diproses menjadi produk kegunaan negara.

​”Kenapa nak tunggu kapal tangki lepas lalu Selat Hormuz baru nak turunkan harga minyak? Saya ulang! Minyak kita tak lalu Selat Hormuz!” katanya.

​Mengulas lanjut, Liyana berkata, hujah yang menyatakan Malaysia tidak sepatutnya terkesan dengan kenaikan harga minyak kerana mempunyai sumber sendiri jelas menunjukkan kegagalan memahami realiti sebenar industri minyak dan gas global.

Jelasnya, cadangan agar negara menghentikan eksport minyak mentah dan menggunakan sepenuhnya untuk kegunaan domestik bukan sahaja tidak praktikal, malah berpotensi memberi kesan besar kepada ekonomi negara.

Beliau menegaskan, minyak mentah Malaysia merupakan jenis premium “light sweet crude” yang mempunyai nilai tinggi di pasaran antarabangsa kerana kandungan sulfur yang rendah serta mudah diproses.

Justeru, katanya, model perniagaan Petronas sejak penubuhannya adalah menjual minyak berkualiti tinggi ini pada harga premium, sambil mengimport minyak lebih murah untuk kegunaan domestik seperti bahan api kenderaan.

“Bayangkan kalau Petronas hanya gali dan proses minyak kita. Bekal minyak yang patutnya untuk jet dan plastik, guna untuk kereta.

“Adakah itu solusi Exco tersebut? Nescaya boleh meranap Petronas dibuatnya,” katanya.

Tambahnya, Malaysia juga tidak boleh lari daripada pergantungan kepada rantaian bekalan global, termasuk import minyak dari laluan strategik seperti Selat Hormuz yang menyumbang sebahagian besar bekalan tenaga negara.

Sehubungan itu, beliau berkata, dakwaan bahawa Malaysia kebal daripada turun naik harga global disifatkan sebagai tidak berpijak di bumi nyata.

Dalam nada sinis, beliau turut membidas pendekatan pembangkang yang menurutnya gagal mengemukakan solusi realistik, sebaliknya membawa naratif mudah tetapi menyesatkan.

Beliau turut mengingatkan bahawa rakyat Malaysia ketika ini masih menikmati harga petrol RON95 pada kadar rendah berbanding banyak negara lain, hasil pendekatan subsidi bersasar kerajaan.

“Lagi murah dari Arab Saudi. Nikmat mana yang nak didusta lagi?

“Diesel pula ada sektor disubsidi. Ada yang tidak. Rakan-rakan kita pakai 4×4 dan Hilux banyak sangkut jua. Kereta pun tak boleh gerak. Diesel mahal punya angkara,” katanya.

Bekas Pegawai Tugas-Tugas Khas di bawah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu mengingatkan bahawa sebarang perbahasan mengenai dasar tenaga perlu berasaskan fakta dan kefahaman menyeluruh, bukannya retorik politik semata-mata.

“Bagi penyelesaian yang lebih baik. Tunjukkan kalau anda memerintah, kita boleh yakin anda boleh urus negara.

“Ini bagi solusi merepek jauh dari realiti. Bila kita tegur berpusing-pusing,” tempelaknya.

Related Posts

AMANAH Johor bersiap hadapi PRN, setuju tangguh jika perlu

Oleh: Alif Abd Aziz JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor menyatakan kesediaan penuh untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN), meskipun menyambut baik cadangan penangguhan pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadi label orang bebal, namun gagal kemukakan pelan realistik tangani krisis

PUTRAJAYA – Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabel pimpinan kerajaan bebal dan bangang disifatkan retorik murahan yang langsung tidak membantu rakyat memahami realiti ekonomi semasa. Ketua Penerangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori