Kim Jong Un curi perhatian, angkut tandas peribadi ke Beijing

PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong Un sekali lagi mencuri perhatian antarabangsa apabila dilaporkan membawa tandas peribadi semasa menghadiri pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden China, Xi Jinping sempena sambutan ulang tahun ke-80 berakhirnya Perang Dunia Kedua di Beijing minggu lalu.

Tindakan beliau juga yang akan memastikan setiap kerusi serta meja digunakan serta dibersihkan selepas mesyuarat menimbulkan persoalan sehingga mengaitkannya usaha menghalang sebarang cubaan risikan biometrik terhadap dirinya, termasuk melalui sisa biologi.

Rakaman televisyen turut menunjukkan sebaik sahaja Jong Un bangun daripada kerusi selepas sesi perbincangan bersama Putin selama dua jam, beberapa pembantu segera membersihkan meja dan kerusi berkenaan.

Penganalisis politik Korea Utara dari Institut Sejong, Peter Ward berkata, tindakan pemimpin itu bukan sekadar protokol, sebaliknya sebahagian strategi untuk memastikan tiada maklumat genetiknya seperti peluh, sel kulit atau sisa biologi lain jatuh ke tangan pihak asing.

“Maklumat biometrik pemimpin tertinggi dianggap rahsia keselamatan negara. Dari DNA sahaja, seseorang boleh mengetahui tahap kesihatan, tabiat peribadi bahkan kelemahan yang boleh digunakan dalam rundingan,” katanya.

Media Jepun sebelum ini melaporkan Kim sering membawa tandas mudah alih dalam kereta api kebalnya, termasuk ketika mengadakan pertemuan dengan pemimpin Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Profesor sains forensik Universiti Sungkyunkwan, Lim Si Keun berkata, identiti genetik boleh mendedahkan banyak perkara termasuk penyakit kronik atau tabiat pemimpin berkenaan termasuk kadar pengambilan alkohol.

“Malah dengan kemajuan teknologi, kita tidak tahu sejauh mana ia boleh dimanfaatkan pada masa hadapan. Jadi adalah lebih selamat jika maklumat genetik itu dirahsiakan,” katanya.

Jong Un sebelum ini pernah mencetuskan spekulasi kesihatan apabila tidak muncul di khalayak awam pada tahun 2020, sekali gus menimbulkan khabar angin berhubung pembedahan kecemasan yang dijalaninya.

Kehadiran anak perempuannya, Kim Ju-ae, yang berusia sekitar 13 tahun dalam lawatan ke Beijing turut dilihat sebagai langkah awal ke arah perancangan pewarisan kuasa.

Langkah berjaga-jaga Jong Un di Beijing mempamerkan betapa seriusnya Korea Utara menjaga rahsia kesihatan dan keselamatan pemimpinnya, walaupun di hadapan sekutu terdekat seperti China dan Rusia.

Related Posts

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

PUTRAJAYA – Kerjasama strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dalam aspek pemuliharaan karya seni bernilai tinggi yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sebagai tanda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa