Kibarkan Jalur Gemilang, rancakkan semangat MADANI – KP JKOM

KETUA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop menyeru rakyat Malaysia agar mengambil peluang sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk merancakkan semangat Malaysia MADANI.

Ismail berkata, bulan Ogos dan September bukan sekadar waktu untuk mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi juga masa terbaik untuk menyemarakkan nilai-nilai patriotisme dan kebersamaan rakyat di bawah panji Malaysia MADANI.

“Kita sudah pun memasuki fasa menyambut bulan kebangsaan. Saya fikir ini masa terbaik untuk kita lakukan satu gerakan merancakkan semangat MADANI,” katanya dalam podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Beliau menekankan bahawa rakyat khususnya ‘the silent majority’ perlu mula bersuara dan tampil menyokong aspirasi Malaysia MADANI yang dibawa oleh kepimpinan negara masa kini.

Mengulas mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan, Ismail menjelaskan bahawa Kerajaan MADANI hari ini adalah hasil daripada dinamika politik negara yang unik, dan memerlukan keberanian semua pihak untuk duduk di meja rundingan serta mengetepikan perbezaan demi mencari titik persamaan.

“Kerajaan ini bukan terbentuk secara ideal, ia hasil daripada satu eksperimen politik. Namun, keberanian untuk menumpukan kepada konsensus itu penting. Bahkan sampai ke peringkat ‘we agree to disagree’,” katanya.

Beliau turut memetik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa kekuatan pentadbiran Kerajaan MADANI terletak pada semangat kerja berpasukan dalam Kabinet yang sentiasa meraih kesepakatan meskipun berbeza pandangan.

“Walaupun wujud perbezaan pandangan dalam mesyuarat Kabinet, akhirnya keputusan yang dibuat bersama menjadi Konsensus MADANI. Setelah dipersetujui, semua pihak mendukung pelaksanaan dasar yang disepakati,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh rakyat untuk bukan sekadar meraikan kemerdekaan, tetapi turut menyertai gerakan menyebarkan dan menghidupkan semangat Malaysia MADANI dengan berkongsi cerita kejayaan dan manfaat yang telah diterima rakyat.

“Kita jadikan ini satu gelombang rakyat untuk merancakkan MADANI. Ceritakan segala kebaikan, kongsi semua kejayaan. Inilah waktunya,” katanya.

Related Posts

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

KUCHING – Sarawak bersedia melakukan anjakan paradigma dalam landskap digital global dengan beralih kepada infrastruktur ‘AI Grid’ (grid kecerdasan buatan) berbanding penggunaan pusat data fizikal menjelang lima tahun akan datang. Premier Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyebaran serta suntingan gambar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

26 rumah musnah, kebakaran kedua dalam 10 hari cetus kebimbangan

26 rumah musnah, kebakaran kedua dalam 10 hari cetus kebimbangan

Sabah Electricity salur 127 bakul makanan kepada mangsa kebakaran Kg Bahagia

Sabah Electricity salur 127 bakul makanan kepada mangsa kebakaran Kg Bahagia

Dua blok kuarters guru, kantin SK Imbak musnah dalam kebakaran

Dua blok kuarters guru, kantin SK Imbak musnah dalam kebakaran

Jambatan baharu Nanga Apan pulihkan akses warga SK Ulu Kabo

Jambatan baharu Nanga Apan pulihkan akses warga SK Ulu Kabo

UMNO hormati 14 ADUN Negeri Sembilan, kekal sokong Kerajaan Perpaduan

UMNO hormati 14 ADUN Negeri Sembilan, kekal sokong Kerajaan Perpaduan

Inisiatif pendidikan percuma jadi pemangkin ubah masa depan Anak Sarawak

Inisiatif pendidikan percuma jadi pemangkin ubah masa depan Anak Sarawak