Kerjasama penjawat awam persekutuan, negeri penting untuk tingkatkan pembangunan di Sabah

KOTA KINABALU – Kerjasama yang baik antara penjawat awam persekutuan dan negeri adalah penting bagi memastikan pembangunan negeri Sabah dapat ditingkatkan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, kerjasama itu penting agar segala peruntukan berkait pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“Kerana tanpa kerjasama yang erat antara persekutuan dan negeri, saya percaya isu yang sama juga akan berlaku.

“Jadi kerjasama yang baik perlu dijelmakan untuk memastikan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan dapat memberi mafaat kepada rakyat di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan Bicara Aspirasi dalam Program Bitara INTAN Bicara Aspirasi H.E.M.A.T ke Arah Perkhidmatan Awam Berprestasi Tinggi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Wan Ahmad berkata, kerajaan juga telah melaksanakan tanggungjawab kepada penjawat awam dengan meluluskan satu skim baharu perkhidmatan awam iaitu Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

“Di dalamnya terkandung pelarasan gaji, pembangunan bakat dan juga pembangunan kerjaya.

“Dalam konteks penyelarasan gaji, kerajaan membelanjakan sejumlah besar peruntukan kewangan untuk menyelaraskan gaji penjawat awam di semua peringkat.

“Kumpulan pelaksana dan kumpulan Pengurusan dan Profesional diberikan sebanyak 15 peratus kenaikan manakala kumpulan Pengurusan Tertinggi diberikan kenaikan sebanyak 7 peratus.

“Jadi dalam konteks ini, apabila kerajaan telah memberikan satu penambahbaikan dari segi gaji dan juga emolumen maka sudah sampai masa penjawat awam juga memberikan perkhidmatan yang lebih baik daripada sebelum ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, Wan Ahmad menyeru semua penjawat awam untuk melakukan satu perubahan yang mendadak termasuk anjakan paradigma dari segi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Beliau turut mengajak semua penjawat awam persekutuan di Sabah agar memilih SSPA kerana ia memberikan banyak kebaikan bukan hanya dari segi gaji tetapi dari segi kemajuan kerjaya serta pembangunan bakat.

Related Posts

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ia antara tiga persetujuan dan ketetapan dicapai hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

ADA yang bertanya, kenapa harga RON95 tidak dinaikkan kepada harga yang lebih tinggi atau diapungkan sahaja bagi mengurangkan bebanan nilai subsidi oleh negara? Secara realitinya, dasar kerajaan berkaitan harga bahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik