PEMPENGARUH dan usahawan popular, Khairul Aming turun padang membantu mangsa banjir sekitar Kelantan, semalam.
Pengasas Sambal Nyet itu memulakan operasi mengagihkan bantuan dan santuni mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara.
Selain mengagihkan bantuan keperluan asas, pempengaruh berkenaan turut menyediakan makanan.
Menerusi akaun TikToknya, Khairul Aming dan pasukannya mengagihkan sebanyak 1,200 pek nasi dan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir di Pasir Mas malam tadi.
Sebanyak 12 kenderaan pacuan empat roda digunakan bagi membawa barangan bantuan itu.
Pada masa sama, pempengaruh berkenaan turut membuka kutipan untuk sesiapa yang mahu menyumbangkan barangan bantuan kepada banjir.
Namun, beliau tidak menerima wang tunai kerana tidak membuka tabung derma memandangkan perlu permit selain bimbang terlepas pandang amanah duit orang ramai.






