Wanita UMNO lancar tabung kilat bantu mangsa banjir

WANITA UMNO telah melancarkan tabung kilat bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara, bermula semalam.

Menerusi kenyataan, Wanita UMNO berkata, pelancaran Tabung Kilat Bantuan Mangsa Banjir melalui Kelab Skuad Sayang 3K sebagai inisiatif untuk membantu masyarakat yang terjejas akibat bencana banjir di seluruh negara.

“Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memberikan bantuan segera kepada mangsa yang memerlukan.

“Tabung kilat ini akan digerakkan secara serentak di semua Negeri. Dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian, ubat-ubatan, dan barangan keperluan harian bagi mangsa banjir di pusat pemindahan sementara serta di kawasan yang terjejas teruk,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Justeru, orang ramai yang ingin menyumbang boleh melakukannya melalui akaun rasmi Tabung Kilat Bantuan Mangsa Banjir Skuad Sayang di No Akaun: CIMB 8604795425 WANITA UMNO MALAYSIA.

“Kami juga menyeru kepada semua ahli wanita, syarikat korporat, serta individu di seluruh negara untuk bersama-sama menyokong inisiatif ini demi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Johor, Perlis, Selangor dan Melaka merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir mendadak sejak semalam, menghampiri 500 mangsa manakala Perak kekal dengan jumlah 20 mangsa banjir.

Setakat malam tadi, jumlah mangsa banjir terkini adalah seramai 123,477 dengan peningkatan ketara terus dilihat di Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan juga Kedah.

Related Posts

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

PUTRAJAYA – Inisiatif MADANI Mart menyasarkan pembukaan satu cawangan bagi setiap Dewan Undangan Negeri sebagai sebahagian visi capaian nasional untuk memastikan lebih ramai rakyat memperoleh barangan keperluan pada harga berpatutan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini menegaskan bahawa hukuman sebat adalah sah dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Keputusan itu dicapai melalui penghakiman majoriti 2-1 yang disampaikan oleh Ketua Hakim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara