Kewangan Islam mampu ubah masa depan umat Islam lebih mampan, adil

KUALA LUMPUR – Ukuran sebenar kejayaan kewangan Islam tidak seharusnya dinilai semata-mata melalui jumlah aset yang diuruskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lebih penting ialah sejauh mana ia mampu mengubah kehidupan masyarakat serta menjamin masa depan yang lebih adil dan mampan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Kewangan menegaskan, fokus masa depan akan diberikan kepada pembangunan bakat, kecemerlangan peraturan dan pemacuan inovasi.

“Saya amat berpuas hati penyertaan orang Islam dan bukan Islam dalam kewangan Islam di negara ini amat menggalakkan. Insya-Allah, kita akan terus mengukuhkan lagi peranan kewangan Islam dalam menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan memupuk generasi yang beretika.

“Generasi beretika, bermaksud generasi pemimpin dan pemain yang percaya pada nilai, dalam prinsip etika, yang akan menjalankan misi pada masa hadapan.

“Perkembangan itu menunjukkan bahawa kewangan Islam boleh menawarkan alternatif yang berdaya maju, alternatif yang lebih adil, terangkum, malah mampan melalui instrumen Islam yang lebih bertenaga, lebih relevan, lebih beretika dari segi perbankan dan kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Global 2025 pada Selasa.

Sehubungan itu, Anwar berkata, kewangan Islam bukan saja perlu menyesuaikan diri dengan arus semasa, malah perlu tampil menerajui dalam memperkenalkan instrumen kewangan berdaya saing serta berimpak tinggi dalam menghadapi perubahan global yang semakin pesat

Menurut beliau, platform digital membuka peluang lebih luas bagi memperkukuh kewangan terangkum, sekali gus membolehkan lebih ramai golongan masyarakat mendapat akses kepada produk dan perkhidmatan kewangan Islam.

“Antara inovasi yang sedang diberi tumpuan ialah sukuk hijau, yang mampu membiayai pembangunan infrastruktur mampan, seiring dengan agenda perubahan iklim dan pembangunan hijau.

“Instrumen kewangan sosial seperti zakat dan wakaf berpotensi besar untuk diperluas untuk memberi impak lebih menyeluruh kepada komuniti,” katanya.

Related Posts

Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya

  • By Ynom
  • May 4, 2026
Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya