Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

PUTRAJAYA – Datuk Seri Rafizi Ramli hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan perjanjian kerajaan bernilai RM1.1 bilion dengan syarikat semikonduktor dari United Kingdom, Arm Holdings.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar, memaklumkan bahawa bekas Menteri Ekonomi itu hadir untuk dirakam percakapan pada pukul 10.00 pagi di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, proses merakam percakapan terhadap Rafizi dibuat selepas pembantunya, James Chai, selesai memberikan keterangan selama tiga hari berturut-turut pada minggu lalu.

“Sebanyak 22 keterangan telah diambil, termasuklah dalam kalangan menteri dan juga pegawai kanan beberapa agensi kerajaan sejak siasatan dimulakan pada 13 Februari 2025.

“Minggu lalu kita sudah merakam keterangan daripada James Chai selama tiga hari berturut-turut bermula Selasa lalu,” katanya.

Siasatan dibuka pada 16 Februari lalu susulan aduan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa perjanjian tersebut dilaksanakan secara tergesa-gesa serta berat sebelah, sekali gus berpotensi memberi implikasi kewangan kepada kerajaan.

Pada 1 April lalu, SPRM memberikan tempoh dua minggu kepada James Chai, yang ketika itu berada di London, untuk tampil membantu siasatan, selain menyatakan kesediaan menanggung kos perjalanan pulang beliau ke Malaysia.

Dalam pada itu, siasatan turut meneliti kemungkinan berlakunya konflik kepentingan, termasuk dakwaan bahawa beberapa individu telah diberikan jawatan tinggi dalam syarikat asing berkenaan selepas meninggalkan perkhidmatan di sebuah kementerian.

Terdahulu, Rafizi memaklumkan bahawa beliau telah menerima notis daripada SPRM untuk hadir memberi keterangan di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini.

Beliau turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama sepenuhnya bersama peguamnya dalam membantu siasatan yang dijalankan.

Menurut beliau, kes berkenaan dijangka menjadi perbicaraan yang panjang dan menarik kerana ramai pemimpin utama negara akan dipanggil sebagai saksi, termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta barisan menteri.

Related Posts

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

KUALA LUMPUR – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) terus memperkukuh usaha membangunkan ‘Bakat Komoditi’ sebagai pemacu masa depan negara menerusi pelaksanaan Program TVET MyKomoditi yang memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
12 laporan polis, suspek hina Sultan Selangor akhirnya dicekup

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki warga tempatan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang petang semalam kerana disyaki memuat naik hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya

  • By Ynom
  • May 4, 2026
Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya