Sabah dipelawa ke Perhimpunan Agung LCC di Malta

KOTA KINABALU – Lufthansa City Center (LCC) mempelawa Lembaga Pelancongan Sabah untuk menghadiri Perhimpunan Agung LCC yang berprestij di Malta.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai berkata, jemputan ini boleh disifatkan sebagai peluang yang tepat bagi Sabah menonjol di peringkat global.

“Persidangan itu menghimpunkan lebih 500 pemilik agensi pelancongan dan pembuat keputusan dari lebih 85 negara merupakan platform berharga untuk Sabah mempersembahkan keunikan dan keistimewaannya.

“Ini membuka ruang untuk kita menonjolkan kekuatan Sabah dalam aspek alam semula jadi, budaya serta pengalaman berasaskan komuniti, selain potensi kita yang semakin berkembang dalam segmen MICE,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Tambahnya, pendedahan di peringkat antarabangsa seperti ini selaras dengan strategi jangka panjang pelancongan Sabah dan usaha ke arah persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Sementara itu, Pengarah Urusan LCC International, Heiko Brix berkata, perhimpunan global LCC itu dijadual berlangsung pada November 2025 di destinasi Mediterranean, Malta.

“Ia merupakan acara dwi tahunan berprofil tinggi yang menghimpunkan pemimpin industri pelancongan global untuk membincangkan strategi, inovasi dan kerjasama.

“Agenda persidangan termasuk sesi mengenai trend pelancongan dan geopolitik, transformasi berasaskan AI, perubahan tingkah laku pelancong serta kepimpinan berdaya tahan,” jelasnya.

Beliau menyifatkan Sabah sebagai destinasi baharu yang menjanjikan dalam rangkaian global agensi pelancongan LCC.

Katanya, Sabah mempunyai tarikan yang kuat sebagai destinasi eksplorasi semula jadi dan juga destinasi MICE yang sedang muncul.

“Sabah menawarkan apa yang dicari pelancong antarabangsa alam semula jadi yang autentik, budaya yang unik, dan ruang untuk merehatkan minda,” ujarnya.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan