Ketenteraman negara fokus utama Kerajaan Perpaduan

KERAJAAN Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim begitu erat memegang tali perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Situasi ini berbeza dengan pembangkang dilihat agak keterbelakang menggunakan sentimen ‘Melayu, Islam terancam’ yang tidak lagi relevan kerana sememangnya hak Melayu dan Bumiputera telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

Pakar Sejarah, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam berkata, kerajaan berusaha meniup semboyan perpaduan dan melaksanakan pelbagai inisiatif yang bertujuan menyematkan keharmonian serta muhibah antara penganut pelbagai agama.

“Pembangkang mendoktrin pemikiran sesetengah masyarakat kita tidak dapat melihat Malaysia sebagai negara majmuk yang berbilang kaum dan terbiasa hidup bersama sejak dahulu lagi.

“Malaysia kita ketahui mempunyai rakyat berbilang kaum dan soal sensitiviti kaum ini dijaga, terutamanya selepas sejarah 13 Mei 1969 serta peristiwa Kampung Medan 2001.

“Sebab itu kerajaan lihat isu 3R (kaum, agama dan raja) sangat penting dijaga. Apabila kita bermasyarakat, kita jaga perkara itu dan tiada sebarang masalah,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press.

Mengulas lanjut, Ramlah berkata, segala agenda 3R yang dibawa ini secara tidak langsung telah ‘memusuhi’ rakyat Malaysia yang lain dan hal ini tidak baik untuk proses membina sebuah negara.

Beliau berkata, tindakan Anwar menekankan kepentingan untuk menjaga isu 3R ini adalah untuk memastikan rakyat tidak terjebak dengan permasalahan tersebut.

Katanya, turut memuji pendekatan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga merupakan Jurucakap Kerajaan Perpaduan begitu efektif dalam menyampaikan maklumat sahih dan terkini kepada masyarakat.

“Inilah yang cuba dilakukan oleh Perdana Menteri sekarang, ’emphasize’ isu 3R bukan kerana hendak berkuasa, tetapi mahu memastikan rakyat di negara ini tidak terjebak dengan isu 3R. Saya setuju itu.

“Selepas itu, ditambah lagi dengan kepekaan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang sentiasa mengeluarkan kenyataan bagi membetulkan salah faham yang dihadapi oleh masyarakat.

“Supaya apa? Supaya kita tidak menyebarkan perkara-perkara yang boleh mendorong kepada salah faham, permusuhan dan konflik dalam masyarakat di Malaysia.

“Jika kita biarkan, masyarakat dan ahli politik menggunakan isu itu (3R) tentulah boleh timbul perkara tidak diingini seperti perpecahan kaum,” katanya.

Tambah beliau, keadaan di Malaysia ketika ini boleh dianggap tenteram di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan dan ketenteraman ini perlu dikekalkan untuk membina sebuah negara Malaysia bersatu serta membangun.

“Pembangkang pula sememangnya memainkan peranan menimbulkan isu dan kontroversi.

“Tetapi Anwar sebagai Perdana Menteri perlu memberikan ketenteraman kepada negara dan dalam kalangan rakyat, itu sangat penting. Bila kita tenteram, barulah projek-projek pembangunan dapat dirancang dan dijalankan,” ujarnya.

Related Posts

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan semakan mingguan harga runcit produk petroleum dengan RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatat kenaikan lima sen bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan