Kertas siasatan Muhyiddin sudah dihantar ke pejabat Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang didakwa menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara hari ini untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 66 saksi bagi membantu siasatan.

“Polis juga telah merakam keterangan daripada Tan Sri Muhyiddin dan beliau menjawab semua soalan diberikan.

“Kertas siasatan telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu Muhyiddin menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook memaklumkan sudah menyerahkan beberapa dokumen kepada polis bagi membantu siasatan berhubung ucapannya semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil Nenggiri baru-baru ini.

Muhyiddin berkata, dokumen berkenaan diserahkan ketika polis mengambil keterangannya di pejabat bekas perdana menteri itu di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kira-kira jam 11 pagi tadi.

Related Posts

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang melaksana usaha bagi membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Dubai dan Emiriah Utara dengan meningkatkan kekerapan penerbangan pulang ke tanah air. Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti video penuh, usah terjebak fitnah – Dr Zulkifli

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menepis sekeras-kerasnya tohmahan kononnya beliau pernah menyatakan isu memijak Al-Quran tidak perlu diselesaikan dengan hukuman. Beliau menegaskan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan