Kertas siasatan kes kartel baja sudah siap

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah melengkapkan kertas siasatan kes dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan kartel perolehan baja dianggarkan bernilai kira-kira RM60 juta yang disyaki berkait dengan sebuah pertubuhan badan awam.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, memberitahu Buletin TV3 bahawa kertas siasatan itu telah diserahkan kepada bahagian undang-undang dan pendakwaan SPRM untuk semakan serta pertimbangan.

“Kami akan menunggu keputusan mereka, yang mungkin dikeluarkan pada bulan ini.

“Namun, saya percaya keputusan itu mungkin akan dibuat pada Januari tahun depan, sama ada untuk memfailkan pertuduhan atau tidak.

“Apa yang penting sekarang ialah menunggu komen atau arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya. Dalam kes ini, terdapat cadangan supaya pertuduhan mungkin dikenakan ke atas seorang atau lebih individu,” katanya.

Azam berkata, siasatan itu meliputi perkara jenayah, selain usaha untuk menambah baik tadbir urus.

Pada Oktober lalu, media melaporkan SPRM memulakan siasatan dakwaan kewujudan kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan bawah kawalan sebuah kementerian dianggarkan bernilai RM1.8 bilion.

Related Posts

Bung Moktar kritikal

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Sumber memaklumkan Adun Lamag yang kini di unit rawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
20 penjawat awam tamat kursus AI di China

PUTRAJAYA – Seramai 20 pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan berjaya menamatkan kursus intensif teknologi kecerdasan buatan (AI) selama enam bulan di China, semalam. Kumpulan itu turut disertai seorang pegawai Suruhanjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy