Kerjasama Sarawak, Singapura terus diperkukuh

KUCHING – Hubungan kerjasama antara Sarawak dengan Singapura akan terus diperkukuh melalui pelbagai inisiatif terutama bidang tenaga dan peluang perniagaan.

Menteri Tenaga Kerja Singapura, Dr Tan Lee Seng, berkata kerajaan Singapura sentiasa bersedia memperluas kerjasama yang lebih matang dan komprehensif bagi mengukuhkan ekonomi kedua-dua pihak.

“Kami berharap mempertingkatkan hubungan antara Singapura dengan Sarawak terutama bidang tenaga.

“Pada masa yang sama, kami juga meneroka pelbagai inisiatif untuk meningkatkan konektiviti serta membuka peluang kerjasama perniagaan yang lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Ja’afar di Astana Negeri Sarawak pada Rabu.

Katanya, kunjungan tersebut turut membincangkan hala tuju kerjasama antara Sarawak dengan Singapura, sambil menzahirkan penghargaan kepada Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi yang disifatkan sebagai seorang pemimpin berpengetahuan luas dalam institusi di negeri ini.

Dr Tan Lee Seng memulakan rangka lawatan kerja di Sarawak hari ini, dan dijadualkan bertemu Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada petang nanti.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16