PGA berkas 21 warga Myanmar cuba bolos sempadan negara

PADANG BESAR – Seramai 21 warga asing dari Myanmar termasuk seorang tekong diberkas Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3 di laluan keselamatan Malaysia-Thailand selepas cuba membolosi sempadan negara gagal awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah, operasi yang dijalankan sekitar jam 12.15 tengah malam di kawasan KTJ Pos C-15 Chuping berjaya mengesan dan menahan 17 lelaki serta empat wanita berusia antara 19 hingga 49 tahun yang menceroboh masuk melalui pagar keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah untuk memasuki negara ini,” katanya.

“Siasatan awal turut mendapati salah seorang daripada mereka, seorang lelaki berusia 24 tahun, mengaku bertindak sebagai tekong dan pemandu arah bagi kumpulan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, tekong itu dikatakan menerima upah sebanyak RM200 bagi setiap individu dan mendapat arahan daripada seorang ejen di negara jiran.

“Kumpulan ini dipercayai masuk ke Malaysia dengan tujuan untuk bekerja di beberapa lokasi berbeza dalam negara.

“Kesemua 21 warga asing tersebut telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Tambah Mohd. Shokri, suspek yang dipercayai bertindak sebagai tekong telah ditahan reman selama 28 hari di bawah Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bermula 11 September 2024 hingga 8 Oktober 2024.

Sementara itu, baki 20 warga asing yang lain akan ditahan reman selama 14 hari di bawah Akta Imigresen bermula 11 September 2024 hingga 24 September 2024.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 26A Akta ATIPSOM 2007, yang jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun atau denda.

Katanya lagi, siasatan juga dilakukan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, yang jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan penjara tidak melebihi lima tahun atau denda.

Related Posts

Hantaran ‘misteri’ PMX cetus spekulasi

DATUK Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian ramai apabila memuat naik poster misteri di laman Facebook miliknya, malam tadi. Menerusi hantaran itu, Perdana Menteri memberi bayangan mengenai penghargaan khas yang akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Himpunan Turun Anwar tiada hala tuju, cetus keresahan rakyat – AMK

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan perhimpunan ‘Selamatkan Malaysia: Turun Anwar’ yang dijadual berlangsung pada 26 Julai ini sebagai satu gerakan tidak berfokus, tiada hala tuju dan hanya mencetuskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Adam Eji kongsi pengalaman buli siber, seru masyarakat lebih waspada di media sosial

Adam Eji kongsi pengalaman buli siber, seru masyarakat lebih waspada di media sosial

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik