Isu pensijilan halal dibentang minggu hadapan

PUTRAJAYA – Kerajaan Perpaduan sentiasa menitikberatkan isu pensijilan halal yang menjadi keutamaan semua pihak termasuk masyarakat bukan beragama Islam.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menegaskan kerajaan sentiasa mengambil serius isu pelaksanaan pensijilan halal dari semasa ke semasa.

“Dari segi pelaksanaan, pensijilan halal sentiasa dibincangkan, namun dari segi dasar, kita perlu menunggu laporan penuh daripada Menteri Agama yang bakal dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu hadapan.

“(Mengulas kenyataan Takiyuddin), perkara itu kita kena tunggu juga laporan dan kajian yang dilaksanakan Menteri Agama dan akan dibentang dalam masa terdekat,” ujarnya dalam sidang media mingguan bersama menteri pada Rabu.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan menggambarkan kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkenaan isu pensijilan halal sebagai terburu-buru dan memberi gambaran negatif terhadap Islam.

“Sebagai Ahli Parlimen penyokong kerajaan, YB Teresa Kok sepatutnya sedar, semua dasar baharu kerajaan harus melalui proses yang teratur dan panjang, termasuk mendapat kelulusan Kabinet yang turut dianggotai oleh DAP, sebelum boleh dilaksanakan.

“Dalam pada itu, sebagai ahli politik veteran, YB Teresa Kok seharusnya sedar, kenyataan itu memberi gambaran yang salah terhadap Islam dan pentadbiran Islam di negara ini, khasnya mengenai kedudukan dan kebebasan orang bukan Islam dalam kerangka tersebut.

“Susulan itu, sebagaimana dijangka beberapa laporan polis dibuat terhadap beliau di seluruh negara, sekali gus mendorong polis menyiasatnya di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia,” ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Semalam, Teresa memaklumkan dirinya selesai memberi kenyataan berhubung perkara terbabit dan disiasat di bawah tiga akta.

“Saya telah disiasat di bawah seksyen 298 Kanun Keseksaan (kesalahan menyebabkan permusuhan atas alasan agama), seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (menyebabkan kegentaran awam) dan seksyen 233 Akta Komunikasi Multi Media (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian),” katanya.

Related Posts

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

KUCHING – Sistem pendidikan negara tidak seharusnya menjadi mangsa kepada perubahan dasar setiap kali berlaku pertukaran kepemimpinan di Kementerian Pendidikan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TVET, pendidikan digital jadi keutamaan – TPM

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik inisiatif yang diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek termasuk penghantaran 32 guru ke United Kingdom bagi menjalani latihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah