Kerjasama pejabat daerah penting pastikan projek Tamu Desa siap tahun ini

KOTA KINABALU – Kerjasama penuh pejabat daerah di seluruh Sabah adalah sangat penting bagi memastikan kesemua projek Tamu Desa di negeri ini disiapkan sepenuhnya, tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, prestasi pelaksanaan mengikut jadual akan memastikan peruntuhan baharu pada tahun hadapan dapat digunakan untuk projek-projek tamu desa yang baharu.

“Saya sangat mengharapkan semua 46 projek tamu desa di Sabah yang telah diluluskan bagi tahun ini dapat disiapkan selewat-lewatnya Disember ini.

“KUSKOP menerima banyak permohonan baharu tamu desa dan kita bercadang peruntukan tahun hadapan untuk melaksanakan projek-projek baharu ini yang akan bergantung kepada prestasi pelaksanaan projek-projek yang dilaksanakan pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Projek Tamu Desa Sabah 2025 di Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, di sini pada malam Rabu.

Menurut Ewon, sebanyak RM10 juta peruntukan tambahan telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 23 September lalu bagi pelaksanaan Program Penyelenggaraan Gerai-Gerai Kecil (Tamu MADANI) di Sabah bagi tahun 2025.

Jelasnya, ia selaras dengan pengumuman Perdana Menteri semasa merasmikan Program MADANI Rakyat Sabah pada Mei yang lalu.

“KUSKOP disaran untuk mengoptimumkan baki peruntukan sedia ada dan mempercepat pelaksanaan kerja penyelenggaraan serta pembangunan Tamu MADANI (Tamu Desa) agar semuanya dapat disempurnakan dalam tahun ini,” katanya.

Katanya lagi, sehingga kini, sebanyak 46 tapak telah dikenal pasti bagi pelaksanaan Program Pembangunan Premis Tamu Desa (Tamu MADANI) di Sabah bagi tahun 2025.

“Saya menghargai kehadiran semua Pegawai Daerah dan ahli mesyuarat walaupun ia diadakan pada waktu malam.

“Ini menunjukkan komitmen kita bersama untuk memastikan pelaksanaan projek Tamu Desa tahun ini berjaya,” katanya.

Terdahulu, surat pelantikan sebagai Pegawai Penguasa telah diserahkan kepada pegawai daerah yang menjadi agensi pelaksana bagi 39 projek sebelum ini, manakala lima lagi surat pelantikan diserahkan semasa mesyuarat semalam bagi projek di Ranau, Putatan, Sandakan, Keningau dan Telupid.

Turut hadir pada majlis tersebut, Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, pegawai-pegawai kanan KUSKOP serta wakil-wakil agensi dan pegawai-pegawai pejabat daerah.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16