Lelaki rugi RM165,750 terpedaya skim pelaburan dalam talian

MIRI – Seorang ahli perniagaan tempatan berusia awal 40-an kerugian RM165,750 selepas dipercayai menjadi mangsa skim pelaburan dalam talian tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJKD) Miri menerima laporan berhubung kejadian itu pada 6 Oktober lalu.

“Pada mulanya mangsa dihubungi melalui WhatsApp oleh seorang wanita yang memperkenalkan peluang pelaburan menerusi aplikasi AIGOU, kononnya platform jual beli pelbagai barangan.

“Mangsa memuat turun aplikasi tersebut dan membuat 18 transaksi ke empat akaun bank berbeza berjumlah RM165,750 bagi pembayaran pesanan barangan. Tiada keuntungan diperoleh dan mangsa akhirnya menyedari ditipu,” katanya.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16