
KOTA KINABALU – Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat gantian Kad Pengenalan Pemastautin Tetap MyPR yang dipercayai palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini pada Selasa.
Tertuduh Sitti Mudnah Hassan, 33, hadir ke Kaunter Bahagian Kad Pengenalan di JPN Kota Kinabalu dengan niat untuk membuat gantian Kad Pengenalan Pemastautin Tetap yang didapati palsu.
Atas kesalahan tersebut, tertuduh didakwa melanggar peraturan yang ditetapkan di bawah Peraturan 25 (1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan bermula dari tarikh tangkap pada 3 Januari 2025.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku yang boleh mengancam kedaulatan dan keselamatan negara.