Kerajaan tidak lagi luluskan nombor plat khas buat NGO, syarikat

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan masih mengekalkan dasar untuk tidak lagi meluluskan pengeluaran nombor pendaftaran khas kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO), individu atau syarikat korporat.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, keputusan itu selaras dengan ketetapan Jemaah Menteri pada 17 Ogos 2022 yang bertujuan mengelakkan penyalahgunaan sistem nombor khas bagi tujuan komersial dan keuntungan pihak tertentu.

“Tiada lagi kelulusan yang akan diberikan kepada pengeluaran NPK yang bertujuan memanfaatkan mana-mana syarikat, individu dan NGO dan bagi tujuan perniagaan yang menjana keuntungan bagi pihak berkenaan.

“Kini semua nombor pendaftaran istimewa (NPI) hanya boleh diperoleh melalui sistem bidaan terbuka dalam talian iaitu JPJeBid, dan hasil kutipan akan disalurkan terus ke Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan,” katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen (PN) Padang Besar, Rushdan Rusmi yang bertanyakan garis panduan dan kriteria yang digunakan oleh JPJ dalam meluluskan siri plat nombor kenderaan khas termasuk yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan, NGO, atau entiti swasta, selain jumlah kutipan hasil daripada penjualan plat khas ini sejak lima tahun kebelakangan ini.

Mengulas lanjut, Hasbi memaklumkan hasil perolehan kewangan yang didapati menerusi NPI melalui pembidaan melalui JPJeBid akan dimasukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan dan sebahagiannya digunakan untuk program berpaksikan rakyat.

“Antara inisiatif yang dibiayai hasil daripada kutipan ini termasuk Bantuan Lesen Memandu Percuma, Program Penukaran Topi Keledar Percuma, Subsidi FlySiswa dan kempen keselamatan jalan raya.

“Sejak sistem JPJeBid diperkenalkan pada 2023, kerajaan telah mengutip sebanyak RM110 juta hasil bidaan nombor pendaftaran kenderaan yang menjadi rebutan ramai,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen (BN) Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa mengenai banyak masalah terpalit JPJeBid, Hasbi memaklumkan pihaknya menyelesaikan banyak isu kegagalan teknikal melingkari sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan itu.

Namun begitu, beliau mengakui terdapat sedikit kegagalan teknikal kecil yang masih terpalit sistem berkenaan.

“Sebenarnya kita mengakui pada awal-awal dulu memang banyak masalah (timbul). Masalah seperti ‘log in’ (log masuk) selepas itu kena potong (giliran) saat akhir.

“Tetapi Alhamdulillah sekarang ini, masalah itu sudah tidak timbul lagi. Masih ada (masalah) tapi tidak terlalu meluas sebagaimana terjadi mula-mula dulu,” katanya.

Related Posts

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

ROMPIN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menzahirkan keyakinan penuh rakyat negeri ini terus memberikan mandat kepada BN untuk menerajui kerajaan negeri. Keyakinan itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Oleh: Nazrul Hakimi, Fatin, Eveline B, Siti, Nana Mohamad, Ekin Rosli & Yaya Amir KERAJAAN MADANI memainkan peranan penting dalam melindungi rakyat susulan krisis bekalan global yang menjejaskan ekonomi akibat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

Krisis global & kepimpinan Malaysia

Krisis global & kepimpinan Malaysia