KERAJAAN Negeri Terengganu sekali lagi memilih jalan bermain kata apabila mendakwa Asrama Yayasan Terengganu Kemaman (AYTK) ‘tidak ditutup, hanya distrukturkan semula’.
Namun realiti di lapangan membongkar satu hakikat yang sukar disangkal:
jika asrama dikosongkan sepenuhnya, pelajarnya dihalau keluar, dan fungsinya dilupuskan itu adalah penutupan, bukan penstrukturan.
Fakta yang tidak boleh dipadam
Hasil perjumpaan bersama ibu bapa pelajar mendedahkan fakta berikut:
Asrama AYTK mesti dikosongkan selewat-lewatnya 15 Februari 2026
104 pelajar terlibat, majoritinya daripada keluarga asnaf
Asrama alternatif di SMK Sultan Ismail (SIS) hanya ada 24 kekosongan
80 pelajar selebihnya tiada jaminan tempat tinggal
Jika dipindahkan ke sekolah lain:
Aliran subjek SPM mungkin berbeza
Risiko akademik dan masa depan dipindahkan kepada ibu bapa
Pelajar Tingkatan 4 (SPM 2026) paling terkesan
Tapak asrama akan digunakan untuk sekolah swasta bermula 2027
Ini bukan persepsi. Ini angka, tarikh dan keputusan rasmi.
Bila penstrukturan semula menjadi topeng kezaliman
Kerajaan negeri cuba menenangkan rakyat dengan ayat:
“Pelajar masih boleh belajar di sekolah asal.”
Tetapi soalan sebenar ialah:
Di mana mereka akan tinggal?
Siapa tanggung kos tambahan keluarga asnaf?
Siapa bertanggungjawab jika prestasi SPM merudum?
Belajar tanpa tempat tinggal yang stabil bukan penyelesaian
ia adalah pengabaian yang disolek dengan bahasa birokrasi.
Asnaf tersisih, komersial diutamakan
Asrama Yayasan Terengganu diwujudkan khusus untuk membela pelajar miskin.
Namun kini:
Asrama AYTK dikosongkan sebelum SPM 2026
Sekolah swasta dirancang di tapak sama
Soalan yang rakyat berhak tanya:
Mampukah golongan asnaf ke sekolah swasta itu nanti?
Jika jawapannya tidak maka jelas dasar ini bukan tentang pendidikan,
tetapi tentang keutamaan siapa yang mahu dibela.
Di manakah ihsan yang sering dilaungkan?
Kerajaan negeri gemar bercakap soal:
Negeri paling bahagia
Pentadbiran berteraskan Islam
Kepimpinan berakhlak
Tetapi dalam isu ini
Pelajar miskin tidak diberi ruang menamatkan SPM dengan bermaruah
Beban risiko diserahkan bulat-bulat kepada keluarga asnaf
Tiada pelan peralihan yang manusiawi
Tak bolehkah ditunggu setahun sahaja sehingga pelajar-pelajar ini tamat SPM?
Atau dalam logik pentadbiran hari ini
orang miskin tidak layak diberi kesabaran,
orang kaya pula sentiasa diberi keutamaan?
Rakyat tidak bodoh, fakta tidak boleh DITIPU
Menukar istilah tidak akan mengubah hakikat.
Menutup asrama AYTK ialah kegagalan moral, bukan sekadar kesilapan pentadbiran.
Sabda Nabi SAW mengingatkan:
“Sesiapa yang memudaratkan orang lain, Allah akan memudaratkannya.”
Isunya mudah
Ini bukan soal politik kepartian
Ini soal hak pendidikan, keadilan sosial dan maruah golongan miskin
Jika kerajaan negeri terus berkeras, rakyat akan ingat: siapa yang bercakap soal ihsan,
dan siapa yang mengamalkannya bila kuasa di tangan.







