Kemboja umum tutup sempadan dengan Thailand

PHNOM PENH – Kerajaan Kemboja mengumumkan penutupan semua pintu sempadan dengan Thailand serta-merta mulai semalam, ketika pertempuran sengit antara kedua-dua negara berjiran itu berlarutan meskipun terdapat dakwaan gencatan senjata.

Kementerian Dalam Negeri Kemboja dalam satu kenyataan berkata, semua pergerakan keluar masuk di sempadan Kemboja–Thailand digantung sehingga diberitahu kelak.

Langkah itu diambil selepas serangan udara tentera Thailand dilaporkan berterusan, termasuk penggunaan jet pejuang F-16 yang menjatuhkan bom ke atas beberapa sasaran di wilayah sempadan pada 13 Disember.

Pertempuran berterusan sejak Mei lalu berpunca daripada pertikaian sempadan sepanjang 800 kilometer yang telah lama menjadi isu antara kedua-dua negara.

Setakat minggu ini sahaja, sekurang-kurangnya 25 dilaporkan terbunuh, termasuk empat anggota tentera Thailand.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sebelum ini mendakwa kedua-dua pihak bersetuju melaksanakan gencatan senjata.

Namun, kenyataan itu dinafikan oleh Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, yang menegaskan bahawa tiada persetujuan rasmi dicapai dan operasi ketenteraan akan diteruskan selagi ancaman berterusan.

Pertempuran ini telah menyebabkan kira-kira setengah juta penduduk di kedua-dua belah sempadan dipindahkan, dengan ramai mencari perlindungan di kem sementara di wilayah Banteay Meanchey dan Buriram.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16