Kerajaan sedia perkasa, pinda undang-undang tangani isu hasutan kaum

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak teragak-agak menggunakan kuasa dan kekuatan yang ada termasuk meminda serta menambah peruntukan undang-undang bagi menangani isu hasutan kaum di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menjadi tugas kerajaan untuk menyelamatkan negaranya daripada hasutan kelompok kecil yang tidak bertanggungjawab cuba mencetuskan keganasan, kebencian dan permusuhan antara satu sama lain.

“Jika ada mana-mana kelompok kecil bawa hasutan kaum ke arah keganasan dan kebencian dan permusuhan antara satu sama lain, saya tidak peduli sama ada disenangi media antarabangsa atau negara luar kerana tugas kita adalah selamatkan Malaysia tercinta ini.

“Kalau tidak cukup, kita pinda, tambah peruntukan undang-undang, ambil tindakan supaya negara ini selamat dan dapat diangkat sebagai negara hebat di rantau dan dunia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Dalam pada itu, Anwar mengharapkan agar generasi muda yang disifatkan sebagai penyambung legasi kemerdekaan tidak menjadi ‘perkakas murahan’ dan dipergunakan pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa.

Katanya, golongan tersebut perlu mencari kebenaran bagi menegakkan keadilan dan seterusnya berupaya menyelamatkan bangsa serta negara.

“Saya gunakan kesempatan kemerdekaan ini untuk mengingatkan anak muda penerus generasi yang akan menentukan arah ini, maka belajarlah mendapatkan pencerahan sebenar.

“Jangan jadi perkakas murahan atas nama kaum atau agama, dipermainkan atau diperolok, untuk orang cari wang dan kuasa atau pengaruh.

“Cari kebenaran untuk tegakkan keadilan, selamatkan bangsa dan angkat martabat negara ini, itu tugas generasi muda untuk selamatkan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, dirinya mahu generasi muda mendalami ilmu disiplin baharu serta tidak melupakan pengorbanan perjuangan pejuang terdahulu dalam mencapai kemerdekaan.

“Kita di sini mengukur pertimbangan tapi sebagai membuktikan semua kaum, tokoh berkorban yang mempunyai cita-cita dan wawasan besar (sama ada) Melayu, Cina, India, Iban, Melanau, Kadazan, Dusun, Bajau dan semua kaum.

“Sebab itu saya tegaskan, (perlu) pecahkan tembok-tembok yang mengganggu dan menghalang kejayaan kita dan bina kekuatan baharu,” katanya.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat