Kerajaan sedia pelbagai insentif bantu pelajar sambung pengajian

SANDAKAN – Kerajaan menyediakan pelbagai insentif pendidikan kepada pelajar di seluruh negara bagi memastikan lebih ramai pelajar tempatan dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tanpa dibebani isu kewangan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, inisiatif itu disediakan melalui pelbagai skim pembiayaan dan bantuan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan kerajaan negeri, termasuk bantuan khas kepada pelajar Orang Kurang Upaya (OKU).

“KPT menawarkan enam program penajaan dan salah satu yang saya ingin tekankan ialah kita satu-satunya kementerian yang menyediakan bantuan khas untuk pelajar OKU.

“Kalau ada anak-anak kita yang OKU, bantuan ini memang tersedia untuk mereka,” katanya kepada media selepas menghadiri Program Jom Masuk U 2025 (JMU) Zon 1 Sabah di Kompleks Sukan Sandakan, di sini, pada Sabtu.

Mustapha berkata, selain penajaan, kerajaan juga membuka ruang luas kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang TVET serta program asasi yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

“Peluang ke universiti dan institusi TVET sangat terbuka. Saya menyeru ibu bapa dan anak-anak di Sabah mengambil peluang mendapatkan maklumat tepat sama ada melalui program seperti ini atau secara langsung di institusi pendidikan berhampiran,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Kerajaan MADANI sentiasa komited memastikan akses pendidikan yang adil dan tidak membebankan, khususnya kepada keluarga B40.

“Jangan risau tentang kesusahan kewangan. Kerajaan MADANI amat prihatin. Kita mahu supaya akses pendidikan kepada anak-anak Sabah ini terbuka luas dan tidak ada yang tercicir,” katanya.

Mustapha berkata, KPT juga bakal melancarkan Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia untuk tempoh 10 tahun akan datang yang bakal memperkukuh lagi hala tuju sektor pendidikan negara.

Dalam masa sama, katanya, sistem UPUOnline kini turut memaparkan indikator kebolehpasaran program bagi membolehkan pelajar membuat pilihan lebih bijak dan sesuai dengan keperluan semasa pasaran pekerjaan.

“Pilih bidang yang mampu jamin masa depan. Hari ini, bukan hanya jurutera yang perlu mahir dengan teknologi, bahkan peguam, ustaz dan semua profesion perlu memahami peranan kecerdasan buatan (AI),” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan turut memberi keutamaan kepada pelajar daripada keluarga B40, khususnya di Sabah yang masih ramai tergolong dalam kumpulan miskin tegar.

“Bagi pelajar B40, kementerian membenarkan penangguhan bayaran yuran pendaftaran, selain permohonan pendahuluan PTPTN sebanyak RM1,500 turut disediakan sekiranya menghadapi masalah kewangan,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan tidak mahu insiden pelajar Sabah terpaksa mendaftar ke universiti dalam keadaan serba kekurangan berulang hanya kerana mereka tidak tahu atau tidak mendapat maklumat tentang bantuan yang tersedia.

“Kerajaan negeri, pusat zakat dan agensi berkaitan juga diharap dapat sama-sama membantu pelajar yang memerlukan.

“Yang paling penting ialah memastikan ibu bapa tahu bahawa proses untuk anak-anak mereka masuk universiti hari ini lebih mudah,” katanya.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan