Kerajaan salur segera RM100 juta untuk Tabung Wakaf MARA Madani

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju mempercepatkan penyaluran dana awal sebanyak RM100 juta kepada Tabung Wakaf MARA Madani.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia akan dilaksanakan sebaik pihaknya mendapat kelulusan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai Mutawalli.

“Tabung Wakaf MARA ini penting untuk dimanfaatkan bagi membantu pelajar dalam kalangan Melayu-Bumiputera yang susah dan keluarga berpendapatan rendah.

“Alhamdulillah, Perdana Menteri setuju mempercepatkan penyaluran dana awal RM100 juta kepada Tabung Wakaf MARA Madani setelah Mara mendapat kelulusan MAIWP sebagai Mutawalli,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau mencadangkan pelaksanaan tabung berkenaan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera berlangsung hari ini, dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Menurut Asyraf Wajdi, dengan inisiatif itu, ia dapat membantu lebih ramai pelajar susah dan kurang berkemampuan.

Pada Majlis Penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 Mac lalu, Anwar mengumumkan penubuhan Tabung Wakaf MARA Madani dengan geran peluncuran RM100 juta serta menyasarkan dana terkumpul RM1 bilion dalam tempoh dua tahun.

Perdana Menteri berkata, sistem wakaf itu akan diterajui MARA dan dilaksanakan oleh Yayasan Pelajaran MARA, selari dengan hasrat penubuhan agensi berkenaan.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi turut menerima maklum balas mengenai kesukaran pelajar untuk mengeluarkan perbelanjaan awal untuk masuk ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA) sehingga terpaksa mengikat perut sepanjang pengajian.

Ujarnya, ia berikutan lebih 70 peratus daripada pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), GiatMara, kolej-kolej MARA dan banyak lagi datang daripada kalangan keluarga B40, M40, miskin dan berpendapatan rendah.

“Sebab itu saya cadangkan Tabung Wakaf MARA yang boleh diikhtiarkan untuk mengumpulkan dana wakaf yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan membantu pelajar yang susah.

“Ia juga mampu membuka peluang untuk alumni atau bekas pelajar dalam ekosistem MARA yang sudah berjaya dan mahu kembali menyumbang kepada Tabung Wakaf MARA untuk manfaat orang lain pula,” ujarnya.

Related Posts

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan tradisi Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI tahun ini dengan meraikan hari lebaran bersama rakyat di lapan negeri. Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesawat AirAsia patah balik enjin terbakar

PUTRAJAYA – Sebuah pesawat AirAsia yang membawa 171 orang dari Kuala Lumpur ke Shenzhen, China melakukan pendaratan cemas akibat kebakaran enjin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta