Kerajaan Sabah sumbang 100 mesin hemodialisis, ringankan beban pesakit buah pinggang

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah menerusi Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) mengagihkan sumbangan sebanyak 100 mesin hemodialisis tambahan ke beberapa hospital dan klinik di seluruh negeri.

Exco Kesihatan Negeri Sabah, Datuk James Ratib berkata, inisiatif itu dilaksanakan melalui Skim Bantuan Kesihatan Sabah Maju Jaya (SMJ) ‘Sabah Sejahtera’ dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM8.5 juta yang meliputi RM4 juta bagi kos rawatan dan mesin hemodialisis bernilai RM4.5 juta.

“Ini adalah digunakan oleh 23 buah hospital dan dua klinik kesihatan di negeri Sabah.

“Cadangan agihan mesin adalah dibahagikan mengikut keperluan setiap bahagian iaitu sebanyak 36 unit mesin disalurkan kepada bahagian Kota Kinabalu, 20 unit untuk Tawau manakala Sandakan dan Keningau masing-masing 12 unit, Beaufort 16 unit dan Kota Marudu, enam unit.

“Ini amat memberi manfaat kepada semua pesakit buah pinggang di Sabah,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Mesin Hemodialisis di Hospital Queen Elizabeth Il, di sini pada Khamis.

Jelasnya, kerajaan juga memberi pengecualian bayaran RM13 bagi setiap rawatan hemodialisis di fasiliti awam.

“Kerajaan Negeri Sabah juga telah memberikan pengecualian daripada yuran pembayaran bagi penerima perkhidmatan dialisis ini.

“Di samping itu, kepada mereka yang mendapat rawatan di rumah atau sendiri melalui CAPD mereka juga akan diberi bantuan sebanyak RM100 bagi setiap seorang,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai isu elaun luar bandar pegawai perubatan, James berkata, beliau menyampaikan saranan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad agar elaun tersebut tidak dipegunkan atau dibekukan bagi kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Isu yang kita bangkitkan iaitu berkaitan elaun luar bandar ini, saya selaku Exco Kesihatan Kerajaan Negeri minta supaya Sabah Sarawak dikecualikan daripada dipegunkan elaun luar bandar, elaun sara hidup di kawasan luar bandar,” katanya.

Tambah beliau, Menteri Kesihatan akan membawa perkara itu ke dalam mesyuarat Kabinet untuk diperhalusi.

“Jadi sekurang-kurangnya ada berita gembira kepada semua doktor-doktor yang bertugas luar bandar ini,” katanya.

Related Posts

Program eksport jana RM73 juta, PKS raih pembiayaan lebih RM150 juta

MIRI – Pelaksanaan program pembangunan usahawan menunjukkan impak positif yang memberangsangkan apabila pesertanya berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan menjana nilai jualan sebanyak RM73 juta. Kejayaan tersebut turut menarik perhatian SCPB Bank…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Usaha tangani banjir dipertingkat, Projek RTB Sungai Muar dipantau rapi

MUAR – Usaha berterusan kerajaan dalam menangani isu banjir terus diperkukuh menerusi pemantauan rapi Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Muar Fasa 3 Pakej 1 yang kini sedang giat dilaksanakan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program eksport jana RM73 juta, PKS raih pembiayaan lebih RM150 juta

Program eksport jana RM73 juta, PKS raih pembiayaan lebih RM150 juta

Usaha tangani banjir dipertingkat, Projek RTB Sungai Muar dipantau rapi

Usaha tangani banjir dipertingkat, Projek RTB Sungai Muar dipantau rapi

Hospital utama Johor Barat terima RM1.8 juta naik taraf infrastruktur

Hospital utama Johor Barat terima RM1.8 juta naik taraf infrastruktur

Kebakaran awal pagi musnahkan 30 rumah di Kg Karamunting

Kebakaran awal pagi musnahkan 30 rumah di Kg Karamunting

PSG atasi Bayern di separuh akhir pertama Liga Juara-Juara

PSG atasi Bayern di separuh akhir pertama Liga Juara-Juara

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan