Kerajaan Sabah sokong usaha perkukuh TVET, atasi pengangguran

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah menyokong sepenuhnya usaha memperkukuh sistem Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memastikan belia negeri itu berdaya saing menerusi pasaran kerja dan tidak lagi terperangkap dalam kitaran pengangguran.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penubuhan Majlis TVET Sabah pada Mei tahun ini merupakan satu anjakan paradigma yang penting dalam landskap pembangunan TVET negeri.

”TVET tidak lagi boleh dianggap sebagai sekadar satu pilihan, sebaliknya perlu diterima sebagai pilihan arus perdana dalam usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran yang mampu membentuk masa depan Sabah.

“TVET bukan hanya memberikan kemahiran teknikal, malah memperkasa individu, mewujudkan peluang pekerjaan dan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya dalam ucapan perasmian Simposium TVET Sabah di Magellan Sutera Harbour, di sini, pada Rabu.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Jelasnya, kemahiran teknikal dan vokasional adalah tunjang kepada pembangunan negeri yang kaya dengan pelbagai potensi termasuk sumber asli, sektor minyak dan gas, pertanian, pelancongan serta pembuatan.

Justeru, Hajiji menyeru golongan belia untuk melihat TVET sebagai pilihan utama dan bukan sekadar alternatif dalam merancang masa depan.

“TVET sepatutnya dilihat sebagai satu pilihan bijak yang mampu melahirkan profesional, usahawan dan inovator masa hadapan.

“Belia Sabah perlu merebut peluang untuk menyertai bidang TVET kerana kursus- kursus yang ditawarkan hari ini adalah selari dengan kehendak pasaran kerja semasa, sekali gus menjamin kebolehpasaran graduan,” katanya.

Hajiji berkata, dalam era Revolusi Industri 4.0 dan gelombang pendigitalan, kemahiran dalam bidang teknikal, automasi dan kecerdasan buatan (AI) merupakan aset yang amat bernilai.

Tambahnya, komitmen kerajaan dalam membangunkan modal insan jelas dapat dilihat menerusi pelbagai inisiatif dan pelaburan.

“Usaha-usaha kita kini mula membuahkan hasil. Statistik terkini menunjukkan kadar pengangguran di Sabah telah menurun daripada sekitar 8.2 peratus pada tahun 2021 kepada 7.5 peratus pada tahun 2023,” katanya.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis