Kerajaan Persekutuan, SG4 bersaing sihat bawa masuk teknologi proses REE – Rafizi

KUALA LUMPUR – Kemampuan Tun Dr Mahathir Mohamad akan terserlah sekiranya beliau berjaya menyuntik masuk satu pelaburan asing yang membawa teknologi pemprosesan unsur nadir bumi atau Non-Radioactive Rare Earth Element (NRREE) untuk dikongsi di sebuah kilang di Malaysia.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan, ini mewujudkan persaingan sihat antara Kerajaan Persekutuan dan empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) yang akan berlumba-lumba untuk membuktikan siapa yang paling handal membawa teknologi pemprosesan REE ke Malaysia.

“Kemampuan sebenar Tun Mahathir akan terserlah sekiranya beliau berjaya membawa satu pelaburan asing yang membawa teknologi pemprosesan REE untuk dikongsi di sebuah kilang di Malaysia.

“Saya yakin ini persaingan yang sihat.

“Kerajaan Persekutuan dan PN yang mentadbir empat buah negeri ini berlumba-lumba membuktikan siapa yang paling handal membawa teknologi pemprosesan REE ke Malaysia.

“Jika tidak, rancangan yang diumumkan di Bangi itu hanya kekal menjadi hasrat sahaja,” kata Rafizi pada Rabu.

Pada 2 September lalu, empat kerajaan negeri ditadbir oleh PN menubuhkan syarikat SG4 Group Sdn Bhd (SG4 Group) untuk tujuan kerjasama dalam bidang ekonomi.

Ketua Panel Penasihat Sidang Kemuncak Kerajaan 4 Negeri (SG4), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan negeri terbabit iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis masing-masing memiliki 25 peratus ekuiti syarikat tersebut.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kerjasama itu termasuk dalam aspek Pelaburan Langsung Asing (FDI) serta unsur nadir bumi atau Non-Radioactive Rare Earth Element (NRREE).

“Kita boleh agih punca kekayaan umpamanya ada pelaburan yang mana (negeri) ketinggalan, kita boleh hantar pelabur ke sana sama ada pelabur dalam atau luar negara.

“Kita percaya bahawa ‘Rare Earth’ adalah punca kekayaan, tetapi ‘Rare Earth’ bukan terdapat sama rata empat negeri. Satu negeri mungkin lebih dari yang lain. Dalam syarikat ini kita agih segala hasil secara saksama,” katanya.

Mengulas lanjut perkara itu, Rafizi berkata, Kabinet sudah berbincang panjang lebar berkenaan isu pemprosesan nadir bumi ini.

“Alhamdulillah negeri-negeri yang ditadbir pembangkang – Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis – kini mahu memastikan unsur nadir bumi (atau rare earth elements, REE) diproses di Malaysia dahulu sebelum dieksport.

“Sebelum ini, berita mengenai penyeludupan REE mentah yang belum diproses ke luar negara pernah menjadi isu hangat tahun lepas.

“Idea menubuhkan syarikat bersama yang dimiliki kerajaan empat buah negeri itu untuk membina kilang pemprosesan REE ini adalah idea yang baik.

“Malah, idea ini telah dibincangkan panjang lebar di peringkat Kerajaan Persekutuan dan dalam majlis-majlis bersama yang turut melibatkan pimpinan dari keempat-empat buah negeri,” katanya.

Namun kata Rafizi, ada satu masalah sahaja.

“Industri REE ini dikuasai hampir 90 peratus oleh negara China. Teknologi untuk memproses REE hanya dimiliki oleh syarikat-syarikat milik Kerajaan China. Hanya ada beberapa buah syarikat bukan China yang mempunyai teknologi ini.

“Perbincangan di peringkat Kerajaan Persekutuan telah memutuskan agar usaha di peringkat kerajaan dimulakan untuk meyakinkan pelabur-pelabur untuk berkongsi teknologi pemprosesan REE dengan membuka kilang pemprosesan di Malaysia,” jelasnya.

Related Posts

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebimbangan mengenai penganjuran pameran aset dan teknologi pertahanan terutama berkait persenjataan yang boleh membawa kemusnahan. Bagaimanapun, beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara luar untuk menjadi rakan kongsi Malaysia dalam industri pertahanan kerana negara ini mengamalkan dasar berkecuali. Beliau yang juga Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global