Kerajaan Pahang tambah peruntukan program Pahang Lead

KUANTAN – Kejayaan program Pahang Lead dikendalikan Yayasan Pahang dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang sepanjang tahun ini, membuktikan kesungguhan kerajaan negeri membina modal insan berkualiti tinggi.

Sebagai komitmen berterusan kerajaan Pahang, sejumlah RM2 juta diperuntukkan bagi program sama yang bermula Januari tahun depan.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak berkata, menerusi program itu, pelajar berusia antara 15 dan 16 tahun dilatih untuk menjadi bakal pemimpin masa depan dengan memiliki pelbagai kemahiran.

“Tahun ini, kita mula program Pahang Lead dalam masa agak singkat, namun saya teruja apabila melihat kualiti dimiliki pelajar yang menyertai program berkenaan.

“Mereka menunjukkan rasa yakin diri luar biasa dan berani tampil ke depan untuk menyuarakan pandangan masing-masing.

“Saya yakin inilah hasil seperti dihasratkan kerajaan Pahang dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika memutuskan untuk memperkenalkan Pahang Lead.

“Jika tahun ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta, tahun depan peruntukan itu ditambah… kepada RM2 juta supaya lebih ramai pelajar dapat menyertai program berkenaan,” katanya selepas majlis meraikan peserta Pahang Lead Tier 4 di sebuah hotel, dekat sini.

Seramai 53 daripada 55 peserta hadir pada majlis itu, termasuk guru pengiring dan fasilitator program.

Hadir sama Pengarah JPN Pahang, Datuk Amzan Abd Malek.

Dalam perkembangan sama, Mohd Soffi memaklumkan peserta Pahang Lead turut diberi peluang mengunjungi Wisma Sri Pahang bagi mendapat pengalaman berkaitan perjalanan sidang Dewan Undangan Negeri Pahang yang berakhir hari ini.

“Maknanya, program Pahang Lead ini bukan sahaja bertujuan membina keyakinan diri peserta, tapi turut memberi ruang kepada mereka memperoleh pengalaman mengenai situasi sebenar dunia di luar sana.

“Saya amat bangga dengan pelajar terpilih menyertai program Pahang Lead 2024, dan saya yakin pihak JPN Pahang akan terus memantau perkembangan peserta agar mereka kekal cemerlang selepas ini,” ujarnya.

Related Posts

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

MIRI – Semangat kebersamaan dan amalan gotong-royong jelas terpancar dalam kalangan warga Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk pada Isnin. Program bersempena bulan Ramadan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri