KWAP labur RM219 juta dalam Cyan Renewables, pengendali kapal sokongan luar pesisir

KUMPULAN Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melabur RM219 juta untuk kepentingan minoriti dalam Cyan Renewables (Cyan), pemilik dan pengendali kapal sokongan luar pesisir terbesar di Asia.

Sebagai pelabur bersama dalam perjanjian yang diterajui Seraya Partners, KWAP berkata, pelaburannya sejajar dengan kerangka Ekonomi Madani, memacu kemampanan, kemakmuran dan inovasi.

Ketua Pegawai Pelaburan KWAP, Hazman Hilmi Sallahuddin berkata, pelaburan dalam Cyan mencerminkan komitmen KWAP untuk mencapai RM20 bilion dalam pelaburan aset alih menjelang 2030, menyokong matlamat Ekonomi Madani dan kemampanan.

“Cyan turut menyokong peralihan legasi kepada tenaga bersih dengan menyediakan perkhidmatan penting dan bernilai tinggi yang ‘Menaikkan Siling’ dan membangunkan profesional mahir dalam negara, yang ‘Menaikkan Lantai’.

“Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen KWAP di bawah program GEAR-uP, diterajui oleh Kementerian Kewangan dalam menyelaraskan usaha dalam kalangan GLIC untuk memangkin pertumbuhan dalam sektor ekonomi utama termasuk infrastruktur, pengangkutan dan tenaga boleh baharu,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

KWAP mengiktiraf Cyan sebagai pengendali kapal terkemuka di Asia, dikenali dengan saiz kumpulan kapal dan kepakarannya, dengan lebih 1,000 hari beroperasi dalam projek angin luar pesisir.

Syarikat itu mengendalikan 32 kapal sokongan luar pesisir, memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang mempunyai rekod prestasi kewangan yang kukuh dalam sektor tenaga tradisional dan angin luar pesisir, dengan tumpuan yang meningkat kepada sektor angin luar pesisir.

Cyan, telah menjana pendapatan yang ketara dari Malaysia, berhasrat untuk melabur sehingga RM1 bilion dengan KWAP untuk mengembangkan lagi industri kapal sokongan luar pesisir.

Pelan termasuklah mewujudkan ibu pejabat Asia Tenggara di Malaysia, membina pasukan pengurusan kumpulan kapal di Kuala Lumpur dan Miri, menggaji profesional tempatan, menaja latihan kadet serta menggunakan limbungan kapal tempatan untuk pembaikan kapal dan binaan baharu untuk menyokong pertumbuhan industri kapal Malaysia.

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO