Kerajaan laksana pelbagai langkah tangani isu air di Sabah – Shahelmy

SANDAKAN – Masalah bekalan air di Sabah ditangani menerusi pelbagai langkah jangka pendek dan panjang, kata Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata telaga-telaga air yang ada ini masih mempunyai bekalan air mentah yang mencukupi untuk dirawat dan dibekalkan kepada pengguna.

“Setakat ini, dua daripada 10 telaga yang berfungsi membekalkan air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Hilltop dapat menghasilkan antara tiga hingga 3.5 juta liter air sehari kepada pengguna yang terkesan.

“Tekaanan air kini mula meningkat dengan ‘Reservoir R1’ menunjukkan tahap melebihi 1.1 meter.

“Di samping itu, aktiviti penambahbaikan seperti pengaktifan telaga nombor tujuh dan sepuluh dijangka meningkatkan bekalan air terawat sehingga lebih empat juta liter sehari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas tinjauan status kemajuan pelaksanaan Projek Menaik taraf Sistem Bekalan Air Termasuk Tangki Simpanan Air Sandakan,T aman Tsun Ngen di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, bagi memastikan bekalan air yang lebih stabil pada masa depan, jelasnya, pihak kementerian telah mengarahkan pihak konsesi dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk melihat kemungkinan membina dua telaga tube baharu serta sambungan paip daripada Empangan Betotan di Segaliud sebagai alternatif.

Selain itu, Shahelmey turut meninjau tapak pembinaan lima tangki simpanan air yang dijangka siap pada Julai 2026.

Beliau berkata, pembinaan tangki ini bertujuan untuk menstabilkan bekalan air dalam jangka panjang memandangkan sumber air mentah di kawasan ini agak terhad.

Katanya, pihak kementerian juga sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk projek penghantaran air dari Kinabatangan ke Sandakan yang diharap dapat diutamakan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13)

“Walaupun masalah gangguan bekalan air di Sandakan dianggap sebagai isu legasi yang perlu ditangani, pihak kerajaan sedang berusaha untuk menangani masalah ini dengan penuh komitmen,” ujarnya.

Namun, beliau mengakui kekangan kewangan yang menjadi halangan besar dalam menyelesaikan masalah bekalan air secara keseluruhan di Sabah yang memerlukan peruntukan yang sangat besar

Shahelmey berkata, pihak kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) Plus kini sedang melaksanakan pelbagai inisiatif yang diharapkan dapat memberikan penyelesaian dalam masa terdekat dan juga jangka panjang.

Related Posts

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

KUCHING – Stesen radio tempatan, CATS FM terus menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini menerusi penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ohsem Raya yang berlangsung meriah di Dewan CATS FM, Jalan Bako…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

TAWAU – Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa negeri Sabah termasuk dua pegawainya direman bermula Rabu bagi siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 antara 2022 hingga 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori