Kerajaan Johor segerakan bantuan kepada lima keluarga mangsa kebakaran

BATU PAHAT – Lima buah keluarga yang kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Ayam, di sini, kelmarin menerima bantuan kecemasan daripada Kerajaan Negeri Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, sebanyak RM2,000 telah diserahkan kepada setiap keluarga termasuk pemberian bakul makanan.

Ujar beliau, setakat ini, kesemua 20 mangsa terpaksa menetap sementara di kediaman saudara berdekatan dan pihaknya akan melihat bantuan jangka masa panjang bersesuaian termasuklah pembinaan rumah baharu kepada dua keluarga asnaf terlibat.

“Bantuan pembinaan semula rumah menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berjumlah RM100,000 akan diberikan kepada dua keluarga ini memandangkan mereka adalah golongan asmaf.

“Namun sebelum itu, mereka perlu membuktikan keizinan pembinaan rumah daripada keseluruhan ahli keluarga di atas tanah mereka.

“Sebaik sahaja semua proses itu selesai dan dimajukan kepada MAINJ, bantuan akan diberikan dalam tempoh dua bulan bagi membolehkan proses pembinaan semula rumah dilakukan. Sepanjang tempoh itu, dua keluarga ini akan diberikan bantuan menyewa rumah berhampiran atau sekitar kampung di sini,” katanya selepas meluangkan masa menziarahi mangsa kebakaran itu.

Terdahulu, beliau memuat naik lawatan kebajikan berkenaan di Facebook rasminya.

Mohd Fared berkata, manakala tiga keluarga yang bukan dalam kategori asnaf turut akan diberikan bantuan termasuk menyewa rumah bagi tempoh enam bulan hingga setahun.

“Saya yakin kepimpinan setempat dan Pejabat Daerah Batu Pahat sudah melakukan yang terbaik dalam menangani kebajikan mangsa terlibat.

“Orang ramai yang ingin membantu mangsa boleh melakukannya menerusi agensi kerajaan agar bantuan disalurkan dengan lebih sama rata,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian petang Ahad, seramai 20 penghuni di lima buah rumah di Kampung Sungai Ayam, di sini, tinggal sehelai sepinggang setelah kediaman mereka musnah dalam kebakaran.

Kejadian berlaku ketika kebanyakan penghuni tiada di rumah ekoran bekerja sebagai nelayan serta bersekolah telah menyebabkan harta benda musnah dan gagal diselamatkan termasuklah dokumen penting.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy