Anak kapal terjatuh, usaha pencarian masih dijalankan

SARIKEI – Satu kemalangan berlaku melibatkan anak kapal yang dikenali sebagai Min Wai Lin yang terjatuh dari kapal di Sarikei pada pagi Selasa.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 06:12 pagi.

Difahamkan ketika itu kapal M.V EE TAI NO 1 tiba di jeti Wharf Leader Susur Jambu di Sarikei untuk tujuan memunggah batu.

Rakan-rakan anak kapal mangsa, Abdul Khafi dan Naing Win Soe, segera melaporkan kepada pengemudi kapal, Bhobe Pyae Shan, tentang kehilangan Min Wai Lin.

Usaha menyelamat segera dijalankan dengan membaling peralatan penyelamat seperti Life Ring Buoy ke arah mangsa dan cuba menurunkan bot ke sungai.

Namun, usaha tersebut gagal dan mangsa dilaporkan telah tenggelam.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Sarikei yang diketuai oleh PPgB Mahmudin Narudin menerima panggilan kecemasan pada 9:30 pagi dan tiba di lokasi pada 9:38 pagi, jarak kira-kira 7km dari balai.

Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari pertama dimulakan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air dalam radius 1km dari lokasi kejadian.

Seramai enam anggota bomba dengan sebuah jentera D-Max dan bot penyelamat terlibat dalam operasi tersebut.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas
  • YnomYnom
  • December 5, 2025

KOTA KINABALU – Jenazah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini, pada Jumaat. Ziarah terakhir Allahyarham diadakan di Idang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy