Sarawak benarkan khutbah dalam Bahasa Inggeris

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bahasa Inggeris bakal dijadikan bahasa pengantara untuk khutbah Jumaat di masjid baharu bakal dibina kelak.

Kata Abang Johari, lokasi masjid baharu itu berhampiran pusat beli-belah The Spring mempunyai ramai populasi mualaf.

“Kita tahu ramai masyarakat di sini merupakan penduduk mualaf, maka kita menjadikan bahasa Inggeris agar mereka lebih faham isi khutbah Jumaat,” ujar Abang Johari.

Tambah Abang Johari, penggunaan bahasa Inggeris seharusnya ditekankan selain mengikut keadaan sesuatu tempat.

“Islam merupakan agama dakwah dan terbuka kepada semua kaum,” katanya lagi.

Abang Johari turut bersyukur dan berterima kasih kerana sentiasa memberi kerjasama yang baik dengan Kerajaan Sarawak.

“Saya sentiasa bersyukur kerana keadaan dalam aman dan harmoni ketika menyebarkan dakwah,” jelas Abang Johari ketika berucap Majlis Perasnian Program Jelajah Madani Ulama’ Dan Unara Peringkat Sarawak 2024 di Wisma SABATI pada Ahad.

Related Posts

Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

TEBRAU – Kerajaan Negeri Johor digesa supaya segera menilai semula mekanisme agihan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 susulan dakwaan proses tuntutan yang menyukarkan penerima khususnya golongan warga emas. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

KUANTAN – Cabaran ekonomi global dicetuskan konflik peperangan dan gangguan rantaian bekalan menuntut rakyat memiliki kefahaman jelas bagi mengelakkan diri daripada terperangkap dengan manipulasi maklumat oleh pihak tertentu. Menyedari tanggungjawab…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

Anwar wajar kembali bertanding di Permatang Pauh, kata Hassan Karim

Anwar wajar kembali bertanding di Permatang Pauh, kata Hassan Karim

Bekalan elektrik dan air di Kg Mengatai, Buang Abai dan Telahak perlu tindakan segera – Hasbi

Bekalan elektrik dan air di Kg Mengatai, Buang Abai dan Telahak perlu tindakan segera – Hasbi

Prinsip sama rata, adil perkasa pembangunan sekolah

Prinsip sama rata, adil perkasa pembangunan sekolah