Kerajaan campuran dijangka kekal sebagai norma baharu politik di Malaysia

KOTA KINABALU – Politik negara, termasuk Sabah kini berada dalam era baharu apabila kerajaan campuran dilihat semakin menjadi norma baharu dalam landskap politik.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop, landskap politik Malaysia kini semakin menunjukkan bahawa tiada satu parti pun yang mampu berdiri sendiri dengan membentuk kerajaan dengan majoriti kukuh.

“Jadi proses Pilihan Raya Negeri (PRN) itu bagi saya ialah proses demokrasi.

“Selesai proses itu semua orang akan kena duduk bersama balik sebab di Sabah ini, dia bertandinglah, akhir sekali, kerajaan pun masih kerajaan campuran.

“Tak ada ‘big brother’, tak ada siapa yang boleh dia menang 100 peratus. Warisan, GRS, PH, atau UMNO, BN, tak ada mana-mana parti yang akan ada cukup kerusi.

“Bahkan ini bukan sahaja di Sabah di peringkat pusat pun begitu maksudnya ‘Coalition Government’ iaitu Kerajaan Perpaduan ini akan jadi satu trend masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan TMP selepas Forum Ekonomi Belia, Aspirasi MADANI Dalam Membangun Sabah Maju Jaya, di Dewan Amil Jaya, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata pembentukan kerajaan campuran bukan satu kelemahan, malah ia mencerminkan kematangan sistem demokrasi negara.

“Kita selesaikan proses PRN ini bagi memastikan kita bercakap tentang Sabah Maju Jaya.

“Kita bercakap tentang Sabah, hasil bumi macam-macam, peluang untuk anak-anak Sabah itu yang sepatutnya, saya maksudkan yang dah lepas-lepas.

“Tapi yang kita tengah fikirkan ke hadapan ini adalah Sabah.

“Jadi proses PRN itu bagi saya ialah proses demokrasi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pembentukan Kerajaan Perpaduan seperti yang berlaku di peringkat persekutuan mungkin menjadi rujukan dalam tahun akan datang.

“Ini bukan sahaja di Sabah, di peringkat pusat pun macam tu juga maksudnya ‘Coalition Government’ atau Kerajaan Perpaduan ni akan jadi satu trend masa hadapan.

“Jadi, berbeda pandangan boleh, bergaduh boleh tapi jangan sampai bermusuhan,” ujarnya.

Related Posts

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

KANGAR – Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH) Perlis, Azzin Izzad Bahanudin memangku jawatan Ketua AMH negeri itu berkuat kuasa serta-merta susulan peletakan jawatan Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad. Peletakan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ketua Pemuda AMANAH Perlis keluar parti

KANGAR – Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perlis, Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad mengumumkan peletakan semua jawatan dalam parti termasuk keahlian berkuat kuasa hari ini. Beliau berkata, keputusan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER