Kerajaan bakal bentang RUU Keselamatan Dalam Talian

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memperkasakan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian yang akan dibentangkan pada sidang Parlimen kelak demi menjamin keselamatan rakyat.

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, RUU itu akan dibentangkan beliau bersama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil telah mempengerusikan Mesyuarat Ketetapan Dasar untuk RUU tersebut pada Khamis.

“Saya dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, telah mempengerusikan Mesyuarat Ketetapan Dasar bagi RUU Keselamatan Dalam Talian yang Insya-Allah akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang.

“Mesyuarat telah diberikan penerangan yang terperinci berkaitan dengan kandungan RUU ini setelah proses libat urus menyeluruh dilaksanakan bersama semua pihak berkepentingan selama lebih dari enam bulan bagi memastikan ianya merangkumi semua aspek ruang dalam talian.

“Saya dan Fahmi ingin mempertegaskan komitmen Kerajaan Madani dalam hal ini untuk memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia terjamin. Mesyuarat dihadiri oleh wakil-wakil Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Kementerian Komunikasi dan Digital, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Jabatan Peguam Negara (AGC),” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Sementara itu, beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO turut berpeluang untuk menyaksikan filem ‘Takluk: Lahad Datu’ dan menzahirkan rasa hormat terhadap keputusan mahkamah yang mengekalkan hukuman mati kepada pengganas terlibat.

“Saya menghormati keputusan mahkamah kekalkan hukuman mati kepada pengganas yang menyerang Lahad Datu pada 2013, mengambil kira perbuatan mereka menodai kedaulatan negara. Ia menyebabkan ramai anggota keselamatan kita gugur dengan sangat menyayat hati.

“Kini mereka kemukakan pula tuntutan palsu ke atas Malaysia. Menyentuh kejadian Lahad Datu, saya sarankan rakyat Malaysia untuk menonton filem ‘Takluk: Lahad Datu’ yang diinspirasikan dari kisah sebenar untuk lihat sendiri dan memahami apa yang terjadi pada waktu itu,” katanya.

Terdahulu, pada Ogos media melaporkan, RUU Keselamatan Dalam Talian akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober depan.

Menurut Azalina, pelaksanaan dan penguatkuasaan adalah bawah Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

RUU tersebut bersifat menyeluruh dan mengambil kira jenayah siber yang mungkin berlaku termasuk melibatkan kanak-kanak.

Related Posts

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai menyebarkan kandungan palsu menerusi platform TikTok melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Ketua Pesuruhjayanya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

PUTRAJAYA – Isu kesihatan mental di tempat kerja bukan lagi sekadar isu peribadi, sebaliknya memberi kesan langsung kepada produktiviti serta kesejahteraan organisasi. Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental Kementerian Kesihatan (KKM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM