Keperluan utamakan bantuan ke Gaza berbanding hantar ramai sukarelawan

PUTRAJAYA – Keberkesanan dari sudut bantuan yang benar-benar diperlukan rakyat di Palestin akan menjadi keutamaan misi bantuan ke Gaza selepas ini, berbanding memberi sumbangan dari sudut jumlah sukarelawan yang ramai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan, keperluan buat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin membantu agar fokus pada persiapan dan penghantaran bantuan dari Malaysia.

“Jangan bebankan keadaan di sana dengan kehadiran terlalu ramai orang. Kalau perhati sekarang, pendaftaran sukarelawan yang ingin ke sana sudah mencecah ribuan orang dan ini tidak praktikal. Dalam keadaan sebegini, biarlah bantuan disalurkan secara tersusun dan berhemah.

“Jika pada masa akan datang mereka perlukan lebih ramai tenaga, barulah kita boleh menilai semula dan menghantar bantuan tambahan,” katanya ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Jannatul Firdaus, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Seruling, Presint 5, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian susulan pembukaan sempadan Rafah di Mesir tidak lama lagi bagi membolehkan pergerakan serta penghantaran bantuan kemanusiaan antara Mesir dan Gaza.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengesahkan bahawa Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi akan menghubungi tengah hari Sabtu bagi berkongsi perkembangan pembukaan pintu sempadan tersebut.

Katanya, beliau sendiri akan menyampaikan beberapa pandangan tambahan supaya apabila pintu Rafah dibuka, bantuan kemanusiaan dapat disalurkan dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

“Saya juga telah berjumpa dengan wakil-wakil NGO seperti Ehsan Relief Malaysia dan Mercy Malaysia serta beberapa NGO lain.

“Malah, mereka (NGO) menyatakan bahawa keperluan utama ketika ini ialah perubatan, makanan dan kemudahan asas bukan kehadiran ramai sukarelawan dari luar.

“Menurut mereka, tenaga kerja seperti doktor dan jurutera sudah mencukupi di Gaza. Apa yang lebih diperlukan ialah kemudahan dan bekalan, yang jika boleh, dibeli terus di sana kerana lebih murah berbanding membawanya dari sini (Malaysia),” katanya.

Jelasnya lagi, bagi keperluan ubat-ubatan pula, syarikat-syarikat yang mampu menyalurkan bekalan itu perlu dikenal pasti.

“Kita juga perlu ingat, walaupun ramai yang mahu pergi membantu, pihak di Gaza sendiri menasihatkan supaya tidak terlalu ramai yang hadir. Mereka (penduduk Gaza) ada tenaga, cuma tiada pekerjaan. Biar mereka sendiri yang melaksanakan tugas di lapangan,” katanya.

Related Posts

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

KUALA LUMPUR – Meta Platforms memperkenalkan penambahbaikan ciri keselamatan Akaun Remaja di Instagram di Malaysia menerusi pelaksanaan tetapan kandungan 13+ serta kawalan ibu bapa yang lebih komprehensif bagi pengguna berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, dengan fokus memperkukuh hubungan dua hala serta menangani cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’