Kenderaan barangan dilarang beroperasi 4 hari sempena Aidilfitri

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan melaksanakan penguatkuasaan larangan pemanduan ke atas kenderaan barangan bersempena Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, larangan itu dikuatkuasakan selama empat hari iaitu sebelum dan selepas raya pada 29 dan 30 Mac serta 5 dan 6 April.

Beliau berkata, pelaksanaan itu dibuat dengan mengambil kira peningkatan trafik ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang akan bergerak pulang ke kampung halaman.

Menurutnya, tujuan utama ‘road-ban’ adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.

“Pihak MOT dan JPJ ingin mengingatkan kepada semua pemilik dan pemandu kenderaan barangan supaya mematuhi larangan pemanduan itu.

“Sekiranya terdapat kenderaan gagal mematuhinya boleh dikenakan kompaun RM300 atau denda di mahkamah tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, sebagai usaha berterusan MOT dan JPJ untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya di musim perayaan, pihak JPJ juga akan melaksanakan aktiviti penguatkuasaan dengan strategi secara menyeluruh dan berfokus.

Jelasnya, menerusi Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025 bermula 24 Mac hingga 8 April 2025 di seluruh negara, pihaknya akan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan atau undang-undang jalan raya.

Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan jalan raya yang telah ditetapkan serta memastikan aspek keselamatan menjadi keutamaan semasa memandu.

Tambahnya, orang ramai boleh melaporkan sebarang aduan berkaitan kesalahan lalu lintas sepanjang musim perayaan melalui aplikasi MyJPJ menu e-Aduan@jpj atau melalui emel rasmi aduan JPJ aduantrafik@jpj.gov.my.

Related Posts

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

SETIAP kali menghampiri Aidilfitri, ramai di antara kita yang menghadapi tekanan kewangan. Mahu menyediakan belanja raya untuk keluarga. Mahu wajah anak bini berseri-seri gembira di pagi raya. Menyedari konteks ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian serius terhadap usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Asia Barat susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri