Bomba tamat operasi padam kebakaran dekat Gebeng

KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang mengumumkan operasi pemadaman kebakaran ladang kelapa dan hutan seluas 176 hektar dekat Gebeng sejak 22 Februari lalu, ditamatkan sepenuhnya, semalam.

Pengarah JBPM negeri, Mohd Razam Taja Rahim berkata, secara keseluruhan kawasan kebakaran itu dipadamkan dengan efektif.

Bagaimanapun, katanya, pemantauan akan diteruskan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan semula kebakaran.

“Penghargaan diberikan kepada agensi sahabat seperti Pejabat Daerah Kuantan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Selain itu, Gebeng Emergency Mutual Aid (GEMA), Jabatan Alam Sekitar serta lain-lain pihak yang bersama melaksanakan operasi pemadaman itu.

“Kerjasama baik yang terjalin antara agensi di negeri ini mencerminkan tahap kecaknaan kerajaan terhadap kelestarian hidup rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau berkata, JBPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak media dalam memberikan liputan menyeluruh sepanjang operasi terbabit.

Katanya, laporan yang disampaikan bukan saja membantu menyebarkan maklumat tepat kepada masyarakat, malah meredakan kebimbangan berkenaan tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang pernah mencecah paras meruncing.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16