Kenali masyarakat Siam dengan lebih dekat – Jauwadee

ARAU – Di sebalik senyuman seorang ratu, tersimpan sebuah cerita tentang identiti, akar budaya dan rasa bangga menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Itulah yang dibawa oleh Jauwadee Bun Chea, 24, apabila dinobatkan sebagai Ratu Songkran Malaysia 2026 sempena Perayaan Etnik Siam Malaysia Songkran Peringkat Kebangsaan 2026 di Wat Macchimaprasit, Jejawi di sini hari ini.

Graduan kejuruteraan biologi dari Universiti Inha, Incheon, Korea Selatan itu berkata, kemenangannya bukan sekadar gelaran, sebaliknya peluang untuk memperkenalkan masyarakat Siam yang masih kurang dikenali.

“Ramai orang selalu tanya sama ada saya orang Thailand atau ada kampung di sana, sedangkan ramai tidak tahu tentang kewujudan masyarakat Siam di Malaysia.

“Kami bangga sebagai rakyat Malaysia, kami hafal Rukun Negara, tetapi dalam masa sama kami juga mempunyai budaya sendiri yang unik berakar daripada warisan Thai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut anak jati Kampung Kubang Tiga, Chuping di Padang Besar itu, penyertaannya membawa misi kecil yang dekat di hati, iaitu memperlihatkan bahawa komuniti Siam adalah sebahagian daripada warna-warni negara ini.

“Budaya itu ada dalam jiwa dan darah kami dan kami tetap bangga sebagai rakyat Malaysia.

“Saya harap lebih ramai rakyat Malaysia mengenali komuniti kami dan jika ada sambutan Songkran pada masa akan datang, jemputlah datang bersama kami,” ujarnya.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu baru sahaja pulang ke tanah air pada Februari lalu selepas menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan biologi di Korea Selatan.

Bagi Jauwadee, gelaran Ratu Songkran bukan sekadar mahkota di kepala, tetapi simbol kepada usaha kecil memperkenalkan sebuah komuniti yang lama berakar, namun masih menanti untuk lebih dikenali.

Related Posts

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

KUCHING – Stesen radio tempatan, CATS FM terus menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini menerusi penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ohsem Raya yang berlangsung meriah di Dewan CATS FM, Jalan Bako…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

TAWAU – Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa negeri Sabah termasuk dua pegawainya direman bermula Rabu bagi siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 antara 2022 hingga 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori