Kemunculan Ku Li bakar semangat Mohd Azmawi

GUA MUSANG – Kehadiran Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Tengku Razaleigh Hamzah ketika proses penamaan calon pagi tadi bakal memberi petanda baik untuk Kerajaan Perpaduan.

Ini kerana terdapat pihak tertentu cuba memainkan isu ketidakhadiran beliau semasa majlis pengumuman calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani baru-baru ini.

Tengku Razaleigh mengiringi Mohd Azmawi Fikri bersama Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Berdasarkan analisa awal dan ‘cakap-cakap’ dalam kalangan penduduk setempat, keputusan PRK Nenggiri boleh ditentukan apabila tokoh veteran UMNO itu memberi ‘restu’ kepada calon dikemukakan BN.

Bahkan, Tengku Razaleigh juga masih mempunyai pengaruh besar dalam menentu sikap pengundi di situ.

Berdasarkan keputusan pada pilihan raya negeri lalu, kerusi itu dimenangi bekas wakil rakyat di situ dengan majoriti 810 undi.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 20,259 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK Nenggiri yang membabitkan 20 pusat daerah mengundi (PDM).

Bagi PRK Nenggiri 17 Ogos ini menyaksikan pertembungan dua penjuru antara BN dan Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK, Nik Raisnan Daud selepas semakan borang pencalonan mendapati kedua-dua individu diterima.

Pada PRK itu BN mempertaruhkan Mohd Azmawi Fikri yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan, sementara PN, Mohd Rizwadi Ismail dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Related Posts

Isu perebutan kuasa dalam PBB cuma spekulasi – Abdul Karim

KUCHING – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menafikan dakwaan wujudnya persaingan senyap antara Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan timbalannya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Sabah hormat pandangan Rahman Dahlan, tegas parti kekal bersatu hadapi PRN17

KOTA KINABALU – UMNO Sabah menghormati hak Datuk Rahman Dahlan untuk menyuarakan pandangan peribadinya, sambil menegaskan bahawa keterbukaan sedemikian adalah cerminan kematangan politik dalam parti yang berpegang teguh kepada prinsip…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Adam Eji kongsi pengalaman buli siber, seru masyarakat lebih waspada di media sosial

Adam Eji kongsi pengalaman buli siber, seru masyarakat lebih waspada di media sosial

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik