Kemudahan R&R di LTU dijangka siap sebelum Aidilfitri

KUANTAN – Pengguna laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) bakal menikmati kemudahan hentian Rehat dan Rawat (R&R) sementara yang dijangka siap seminggu sebelum Aidilfitri.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM2.5 juta bagi pembinaan kemudahan itu di beberapa lokasi strategik sepanjang laluan berkenaan.

“Ini hasil perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengenai keperluan mendesak pengguna LTU, terutama ketika musim perayaan.

“Ramai berdepan kesukaran seperti tiada lokasi sesuai untuk berehat atau membuang lampin pakai buang anak-anak serta keperluan asas lain. Alhamdulillah, Kerajaan Pusat memberikan maklum balas positif.

“Insya-Allah, dua atau tiga lokasi R&R sementara akan dibina dan dijangka siap sebelum raya,” katanya selepas Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Negeri Pahang 2025 di Kampung Tanjung Gahai, dekat Lipis, petang semalam.

Mengulas mengenai program itu, Wan Rosdy berkata, ia adalah usaha yang bagus dalam membentuk persefahaman dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

“Kita dapat lihat bagaimana program ini mengumpulkan masyarakat tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama.

“Bubur lambuk ini mungkin berasal dari tradisi Melayu, tetapi ia digemari oleh semua.

“Saya sendiri bertanya kepada peserta kaum India, mereka mengakui sangat menyukainya,” katanya yang berpandangan program itu mampu menjadi ejen kepada penyatuan masyarakat di Malaysia.

Related Posts

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

TAWAU – Kegembiraan sekumpulan remaja yang mandi di Rainforest Waterfall, Taman Perwira, di sini, pada Isnin bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka ditemukan lemas sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa berumur…

Lebih lanjut

teruskan membaca
IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

KUCHING – Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memberi jaminan siasatan terperinci dan telus dijalankan susulan dakwaan insiden salah laku disiplin membabitkan pelatih di sebuah kampusnya di Sarawak, baru-baru ini. Menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

MADANI membina jiwa bangsa

MADANI membina jiwa bangsa