Banjir kilat landa 2 kampung Orang Asli Pos Sinderut

KUANTAN – Hujan lebat berterusan sejak Sabtu mengakibatkan dua perkampungan Orang Asli di Pos Sinderut, dekat Lipis, terjejas akibat banjir kilat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Lipis dalam kenyataan memaklumkan, hujan yang bermula sekitar jam 9 malam itu mengakibatkan Kampung Orang Asli Tual dan Tidul terkesan.

“Setakat ini, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sedang mengenal pasti rumah terjejas manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) giat menjalankan kerja-kerja pembersihan laluan dipenuhi pasir dan kayu akibat banjir,” katanya.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan semua bantuan dan jentera telah digerakkan ke kawasan terbabit bagi memastikan kebajikan penduduk terjamin.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB); Pegawai Daerah, Datuk Mohd Hafizi Ibrahim atas tindakan pantas dalam menyalurkan bantuan makanan, peralatan dan logistik kepada penduduk.

“Setakat ini, tiada mangsa dipindahkan dan saya sendiri akan turun padang bersama Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Dr Ramli Mohd Nor bagi meninjau keadaan di lokasi terjejas,” katanya.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis