Kempen ‘Tuai Buah Masak’ perkukuh kualiti FFB, komitmen kemampanan BPOM

TAWAU – Kempen ‘Tuai Buah Masak’ yang dilaksanakan anak syarikat Malaysia Kuwaiti Investment Co.Sdn Bhd (MKIC), Balung Palm Oil Mill (BPOM) bukan sahaja memperkukuh kualiti tandan buah segar (FFB) malah menzahirkan komitmen berterusan kilang itu terhadap amalan kemampanan dalam industri kelapa sawit di daerah ini.

Pengurus Besar (Projek Khas dan Pengembangan Tanah), Elmer Magbanua berkata, BPOM menekankan prinsip kemampanan kelapa sawit dengan semua sisa buangan yang dihasilkan di kilang akan dimanfaatkan semula.

“Tandan kosong kelapa sawit, ‘boiler ash’ dan baja organik yang dihasilkan daripada efluen kilang dipulangkan semula ke ladang sebagai sumber nutrien semula jadi.

“Inisiatif ini dilaksanakan menerusi pelan tindakan projek ‘waste to wealth’ iaitu pendekatan menukar sisa buangan kepada sumber bernilai bagi menyokong amalan pertanian lestari,” katanya semasa berucap pada Hari Bersama Pembekal FFB, di sini, pada Khamis.

Majlis dengan kerjasama Nagus Collecting Centre yang juga anak syarikat MKIC itu dihadiri pembekal FFB dari Tawau dan Semporna.

Dalam pada itu katanya, peningkatan peratusan buah masak akan menyumbang kepada kadar perahan minyak (OER) yang lebih baik seterusnya menyokong penawaran harga FFB yang berdaya saing kepada pembekal seluruh kawasan Tawau.

Justeru, BPOM komited untuk menjadi kilang pilihan utama di kawasan Tawau dan Semporna dengan memastikan harga yang kompetitif, sistem pembayaran dalam talian yang cekap dan telus serta pelaksanaan penggredan yang profesional di samping berintegriti.

“Sebagai inisiatif awal penambahbaikan berterusan, Pegawai Pemasaran BPOM, Hasri Omar mengambil langkah proaktif menaik taraf fasiliti di Nagus Collecting Centre termasuk melaksanakan kerja-kerja penyimenan serta penggunaan peralatan sokongan bagi mempertingkatkan kecekapan proses penggredan.

“Melalui kerjasama erat bersama pekebun kecil dan collecting centre, pihak pengurusan menyasarkan penerimaan sekurang-kurangnya 180,000 tan FFB setahun bagi menyokong peningkatan prestasi operasi dan kelestarian industri sawit,” ujarnya.

Related Posts

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

TAWAU – Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop dicadang sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kalabakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Timbalan Ketua UMNO Kalabakan, Aslan Fadli Samsul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

KANOWIT – Ratusan penduduk di Rumah Kulih kini mampu menghela nafas lega apabila kesukaran pergerakan harian mereka diatasi menerusi pembinaan sebuah titian besi bernilai RM150,000 yang telah siap sepenuhnya. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat