Ahli politik wajar ‘berehat’ sebar fitnah sepanjang Ramadan

KUANTAN – Lebih kurang seminggu lagi umat Islam di Malaysia, bahkan di seluruh dunia berpeluang menjalani ibadat puasa bersempena bulan Ramadan.

Seperti diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja malam tadi, tarikh melihat anak bulan Ramadan ditetapkan pada Selasa ini – 17 Februari – selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, bagi menentukan permulaan hari berpuasa untuk rakyat di Malaysia yang beragama Islam.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari berharap, kedatangan Ramadan tahun ini akan dipenuhi dengan adab dan dimanfaatkan untuk membina masyarakat lebih harmoni.

“Pesanan ini adalah untuk saya sendiri dan juga pemimpin daripada pelbagai parti politik yang ada di Pahang secara khasnya, dan di seluruh negara pada amnya.

“Hentikan budaya fitnah dan adu domba yang tidak berfaedah kerana ia akan memberi kesan negatif terhadap hubungan dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada The Malaysia Press.

Beliau dalam masa yang sama mengingatkan pimpinan daripada parti pembangkang untuk menumpukan kepada usaha membina keharmonian dan kesejahteraan rakyat di Pahang sempena Ramadan.

“Gunakan peluang sepanjang Ramadan untuk berehat daripada berpolitik, ada kalanya politik juga perlukan ‘tempoh bertenang’ dan bulan mulia seperti ini, sewajarnya dijadikan bulan untuk ‘berehat’ sebentar,” jelasnya.

Ahmad Irshadi juga meminta pembangkang di Pahang untuk melihat semula segala kebaikan dilakukan kerajaan negeri dan menghargai setiap usaha itu.

Ujarnya, tindakan segelintir pihak cuba membina persepsi tidak baik secara berterusan terhadap kerajaan negeri perlu dihentikan.

“Kita tidak mahu lihat ketika bulan Ramadan, budaya fitnah, tohmahan dan cubaan menghasut (rakyat) terus berlangsung di Pahang.

“Jadi, seterusnya saya menaruh harapan dan impian yang besar… untuk melihat sepanjang Ramadan tahun ini, tiada lagi hantaran menerusi media sosial yang memaparkan pemimpin (pembangkang) mengeluarkan kata-kata yang kurang baik atau kurang sopan terhadap kerajaan Pahang.

“Kita ‘berehat’ dulu (berpolitik) seketika dan menumpukan kepada perkara yang boleh mendatangkan pahala serta kebaikan sepanjang bulan Ramadan kali ini… kalau nak berpolitik, tunggulah pilihan raya umum akan datang,” tambahnya.

Related Posts

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

TAWAU – Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop dicadang sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kalabakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Timbalan Ketua UMNO Kalabakan, Aslan Fadli Samsul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

KANOWIT – Ratusan penduduk di Rumah Kulih kini mampu menghela nafas lega apabila kesukaran pergerakan harian mereka diatasi menerusi pembinaan sebuah titian besi bernilai RM150,000 yang telah siap sepenuhnya. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat