Peruntukan pembangkang tidak rumit, hanya perlu dirunding melalui wakil, bukan berasingan

KUALA LUMPUR – Agihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak seharusnya menjadi isu rumit untuk diselesaikan, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas beliau lagi, ini memandangkan syarat ditetapkan kepada mana-mana ahli Parlimen pembangkang yang mahu memperoleh peruntukan adalah syarat asas dan proses biasa dalam mana-mana rundingan dan amalan demokrasi.

Justeru, bagi membolehkan satu keputusan dimuktamadkan antara kedua-dua pihak, beliau mahu rundingan antara wakil kerajaan dan pembangkang disegerakan sekali gus mengelak sebarang rundingan secara berasingan.

“Parameter tidak susah. Tapi sebab ada sikap kurang positif, tidak ada rasa rendah diri, kompleks untuk menemui Perdana Menteri di pejabat Perdana Menteri dan bincang.

“Saya tidak faham mengapa proses ini jadi rumit. Tentang tarikh, syarat… itu proses biasa dalam mana-mana proses demokrasi. Sekali lagi dan berulang kali saya sebut kesediaan kita, tapi biar ikut proses dalam amalan Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa. – Berita Harian

Related Posts

Naim komited perkasa keusahawanan, pelancongan Kinabatangan

KINABATANGAN – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Naim Kurniawan Moktar komited memperkasa sektor keusahawanan dan pelancongan di Kinabatangan sekiranya diberi mandat sebagai Ahli Parlimen kawasan itu. Naim berkata, usaha berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Masjid perlu kekal bebas elemen politik

PUTRAJAYA – Masjid perlu kekal berperanan sebagai institusi penyebaran agama dan ilmu serta tidak wajar dikaitkan dengan sebarang aktiviti atau pengaruh politik kepartian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi