Kementerian Komunikasi pastikan maklumat insentif Belanjawan 2025 sampai ke akar umbi

KEMENTERIAN Komunikasi akan turun padang bagi memastikan segala maklumat berkenaan bantuan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2025 agar tiada golongan yang layak tidak tertinggal.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu akan dilaksana menerusi perancangan holisitik daripada Jabatan Penerangan serta Komuniti Madani agar segala bentuk bantuan difahami secara terperinci oleh rakyat di Malaysia.

“Sudah pasti kami di Kementerian Komunikasi akan berusaha pastikan segala pengumuman dibuat akan sampai di seluruh negara.

“Bagi tujuan itu, antara lain melalui Jabatan Penerangan dan Komuniti Madani agar lebih daripada 50 ikhtiar yang diumum oleh Perdana Menteri akan diterpakan agar seluruh peringkat masyarakat mendapat maklumat bukan sahaja di media sosial, namun di peringkat akar umbi,” katanya pada sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Belanjawan 2025 dilihat memfokuskan bagi membela ekonomi dan martabat rakyat yang dibuktikan dengan peningkatan pelbagai insentif demi memperkasa kebajikan rakyat, selain peruntukan adil kepada pelbagai kementerian.

“Kita lihat banyak berteraskan konsep keadilan iaitu memberi bantuan kepada sepatutnya dan iltizam kerajaan untuk kurangkan defisit dan hutang termasuk pinjaman baharu selain dari peningkatan gaji penajwat awam, dasar gaji progesif dan penetapan kadar gaji minimum baharu.

“Ini bukti bahwa usaha kerjaan menaikkan lantai dalam memastikan pendapatan rakyat meningkat akan menjadi realiti bermula tahun hadapan,” katanya.

Ditanya berkenaan pemerkasaan kecerdasan buatan (AI), Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menyambut baik perkara itu yang dilihat membuka peluang kepada masyarakat untuk mempelajari teknologi baharu secara terperinci.

“Kita lihat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan juga bantuan diberikan kepada institusi pengajian tinggi (IPT) lain akan dibangunkan kurus AI akan dapat pelepasan cukai dan bantuan.

“Ini dilihat baik untuk terapkan ilmu baharu dan beberapa iktiar seperti national AI Office yang akan dikelola oleh Kementerian Digital. Kita yakin kementerian itu akan dapat membantu memberi fokus kepada memastikan rakyat dapat manfaat, selain industri juga dapat AI dengan lebih baik,” katanya.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat