Kemenangan Syed Hussien beri isyarat jelas kepada pelabur, bukti kestabilan Kerajaan Perpaduan

KLUANG – Kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah bakal memberi isyarat jelas kepada pelabur asing dan tempatan sebagai bukti kestabilan politik Kerajaan Perpaduan.

Justeru, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi menyeru, penyokong Pakatan Harapan (PH) untuk keluar mengundi sekali gus memenangkan calon BN, Syed Hussien pada pilihan raya 28 September ini.

“Jadi sekarang kita adalah Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Perpaduan ini ditubuhkan antara Pakatan Harapan (PH) dan BN. Kita nak stabilkan politik negara kita, supaya boleh membangunkan ekonomi negara.

“Maka adalah penting pengundi PH keluar mengundi calon BN supaya calon Kerajaan Perpaduan ini menang di DUN Mahkota dan ini juga adalah satu signal (isyarat) yang jelas kepada pelabur asing dan juga pelabur tempatan supaya dapat membangunkan ekonomi dengan melabur di negeri Johor mahupun seluruh negara.

“Jadi saya berharap penyokong PH keluar undi untuk memberi sokongan penuh kepada calon Kerajaan Perpaduan iaitu Syed Hussien,” katanya ketika ditemui media di pasar malam Kampung Paya, pada petang Rabu.

Shu Qi yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menegaskan, fokus utama jentera Kerajaan Perpaduan hari ini ialah pembangunan ekonomi setempat di Kluang khususnya dan Johor amnya.

Related Posts

Desak Muhyiddin berundur, Ronald sila ‘cermin diri’

PUTRAJAYA – Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee bukan sosok pemimpin yang layak mendesak Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada memegang jawatan. Ketua Penerangan Armada Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu binaan haram dan kepentingan negara

RAMAI mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) begitu tegas terhadap para pendemo berkaitan isu kuil haram. Ada yang menafsirkannya sebagai sikap keras terhadap kebebasan bersuara. Namun tafsiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang