Ombak besar landa Pulau Pinang, Pangkor fenomena luar biasa

PUTRAJAYA – Kejadian ombak besar di beberapa kawasan di Pulau Pinang dan Pulau Pangkor, Perak semalam adalah luar biasa, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

Katanya, situasi itu terjadi kerana kehadiran bersekali fenomena air pasang besar disebabkan oleh keadaan ‘perigee’ iaitu kedudukan bulan hampir dengan bumi dan bulan penuh serta angin barat bertiup kencang.

“Hujan berterusan serta keadaan laut bergelora yang berlaku di utara Semenanjung disebabkan angin barat yang bertiup kencang dan bertumpu di kawasan berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Hisham berkata, METMalaysia menjangka lebih awal keadaan terbabit dengan mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora di perairan Selat Melaka Utara dan Phuket, Thailand pada 12 September bagi tempoh kuat kuasa bermula Ahad lepas hingga hari ini.

Katanya, amaran itu telah dikemas kini semalam dengan tempoh kuat kuasa dilanjutkan hingga Sabtu ini.

“Selain itu, METMalaysia juga mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) pada 13 September bagi tempoh kuat kuasa bermula 15 hingga 19 September di Perlis, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak bagi kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar,” katanya.

Justeru, Mohd Hisham meminta orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dengan melayari laman web serta media sosial METMalaysia.

Semalam, tular beberapa kejadian fenomena ombak besar yang melanda kawasan antaranya pesisir Pulau Pinang terutama di sekitar Pantai Bersih di Butterworth.

Related Posts

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan Bloomberg yang didakwa mengelirukan serta tidak berasas berkaitan Ketua Pesuruhjaya, sambil menegaskan ia boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap suruhanjaya itu. Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
NRES beri kerjasama penuh kepada SPRM terhadap JAS

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang