Wanita sarat mengandung berjaya diselamatkan anggota bomba

JITRA – Seorang wanita sarat mengandung berjaya diselamatkan anggota bomba setelah rumah keluarganya di Kampung Kota Mengkuang, di sini dinaiki air sejak semalam.

Menurut suaminya, Mohd. Fitri Hamzah, 31, dia dan isterinya, Norshuhaida Ramli, 30, yang menetap di Rawang, Selangor pulang ke kampung untuk menyambut kelahiran anak sulung dengan tarikh jangkaan bersalin pada esok.

Katanya, isterinya berjaya dipindahkan dari rumah yang dilanda banjir sehingga paras pinggang pada semalam oleh anggota bomba ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar kira-kira pukul 10.50 pagi tadi.

“Saya terpaksa melakukannya sebagai langkah awal bagi mengelakkan sebarang kesukaran susulan kawasan sekitar kampung itu sudah dinaiki air.

“Isteri saya sememangnya dijadualkan bersalin esok dan dia dinasihatkan untuk daftar masuk ke wad hari ini untuk pemantauan,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Lubuk Batu, di sini hari ini.

Menurut Mohd Fitri, pihak bomba membantu mengeluarkan dia dan isteri dari rumah menggunakan kenderaan pacuan empat roda, sebelum dipindahkan ke dalam ambulans.Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Mohd. Bustan Karudin berkata, Norshuhaida merupakan satu-satunya mangsa yang sarat mengandung diselamatkan mereka.

Katanya, pada semalam ramai mangsa orang kelainan upaya (OKU) dan lumpuh yang kami selamatkan.

“Sejak banjir berlaku di daerah Kubang Pasu ini, seramai 86 anggota bomba digerakkan untuk operasi menyelamat,” katanya.

Tinjauan di sekitar Kubang Pasu dan Pokok Sena itu mendapati beberapa jalan terpaksa ditutup setelah dinaiki air termasuk Jalan Derang-Pokok Sena di Pokok Sena .

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan