Kemahiran TVET tak dapat diganti dengan AI – Nie Ching

KULAI – Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) tetap menjadi pilihan utama dalam sektor pekerjaan meskipun dunia pada hari ini menyediakan pelbagai kecanggihan terbaharu dan alatan teknologi.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, TVET dilihat mengandungi aspek lebih lengkap dan kemahiran itu tidak dapat ditandingi termasuklah penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

“Apabila bercakap soal pekerjaan pada hari ini yang dianggap boleh digantikan dengan penggunaan AI, ia sebenarnya silap. Kemahiran TVET tidak boleh digantikan dengan AI.

“Malah, kita juga mempunyai keperluan tinggi dalam bidang ini. Kalau lihat di Johor, ramai pelabur berminat untuk masuk dan tubuhkan pusat data mereka, tetapi, kumpulan ini memerlukan pekerja berkemahiran.

“Bagaimanapun, cabarannya adalah meskipun pelabur menawarkan nilai gaji yang tinggi, namun mereka sukar nak dapatkan pakar daripada TVET itu sendiri. Kerana itu saya katakan, kemahiran TVET adalah keperluan untuk Johor, malah kepada seluruh negeri sekalipun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Nanba di Dewan Serbaguna Taman Mewah, di sini, hari ini.

Program turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah JKOM, Suwadi Guliling dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Wong Bor Yang.

Berikutan itu ujar Nie Ching, Kerajaan MADANI pada hari ini terus giat mempromosikan kepentingan TVET sebagai kesedaran terhadap golongan belia bagi memilih masa depan mereka yang lebih terjamin.

“Bagi tahun ini, Kerajaan MADANI menyasarkan seramai 500,000 pelajar untuk menyertai TVET di 1,398 institusi di seluruh negara. Ini kerana, kadar kebolehpasaran radius TVET adalah sangat tinggi.

“Ada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berkemungkinan mempunyai kadar kebolehpasaran melebihi 80 hingga 85 peratus. Namun bagi graduan TVET pula, kebolehpasaran mereka boleh mencecah sehingga 94.5 peratus.

“Justeru, ini menjanjikan bahawa permintaan bagi graduan TVET adalah sangat tinggi. Jadi, kita harap bahawa pelajar khususnya ibu bapa lebih memahami fungsi TVET dan memberikan galakkan kepada anak mereka menyertai bidang ini,” katanya.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM